Friday’s Lunch – Makan Free Di Rumah Tok Ayah

Geng Jumaat

Dari pagi bawa ke tengahari bawa ke malam, makan free memanjang. Rasa nak meletop perut ni hahaha.

P_20170526_134059_DF

Tengahari makan kat rumah Tok Ayah. Ada bacaan tahlil ringkas dan yassin. Lunch hour berdezup balik ajak Dila, Noni dan Ira sekali. Rupa-rupanya diorang beli kek sekali untuk Mak Wee dan Ayong. Ice cream cake oreo and coffee. Lauk makan tengahari nasi putih, asam pedas ikan kembung, nangka masak lemak, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan masin. Sebenarnya ada beberapa gambar yang Ummi snap masa tengah makan. Tapi ada budak dah delete gambarnya grrrrr.

P_20170526_134832_BF

Adik ni buat gaya apa ni ek.. mesti terpengaruh dengan Star Wars.  

P_20170526_134928_BF

Cik Noni yang dah kekenyangan. 

P_20170526_135002_BF

Geng Jumaat tak cukup sorang. Sorang lagi tengah berbahagia menghirup udara Pulau Tioman.

P_20170526_135045

Tak lama lagi yang tengah tinggalkan kami. Lepas tu yang kiri pula. Ohh sedih makcik. Tapi kan dalam banyak-banyak gambar makanan, yang tinggal cuma gambar ni. 

P_20170526_133508

Gambar jeruk petai ???? Aduhaiii. Memang menambah selera jeruk petai ni. Bila dah jadi jeruk hilang baunya. 

Ok lah, dah penat marathon entri hari ni dan esok. Selamat bercuti.

Related Posts

2 thoughts on “Friday’s Lunch – Makan Free Di Rumah Tok Ayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!