Sila jangan kecam Ummi Ilhams ok sebab update entri pasal raya. Bukan kami yang excited nak beraya. Kebetulan kami ke sini Ahad lepas untuk makan-makan sempena birthday Ummi. Tup-tup masuk Angsana dah penuh orang jual baju raya.
Promosi Pra Ramadhan & Aidilfitri 2017
Tarikh: 13 April – 24 June 2017
Tempat: Aras 1, 2 dan 3, Angsana Johor Bahru Mall
Organizer: UDA Angsana Sdn Bhd
Tema wau katanya sempena 20 tahun Angsana Johor Bahru Mall. Lima jenis wau paling popular di Malaysia.
Tengok ke depan eh siap dah ada stage bagai.
Rupa-rupanya sedang berlangsung petandingan karaoke lagu raya. Makk oiii puasa pun belum haha. Sekali tengok atas stage Awie Angsana daaa. Otai masih berbisa hahaha. Kemain beriya dia menyanyi siap melutut bagai.
Kitorang tak join the crowd pun. Terus naik atas ronda-ronda.
Dah sampai atas ada persembahan zapin pulak.
Berhenti kejap ajak anak-anak tengok zapin. Tak sempat habis pun zapin Babah dengan Ilham dah melencung masuk kedai alat muzik hahaha.
Ok korang yang dah ada bajet raya bolehlah cuci mata kat Angsana Johor Bahru Mall ya. Ummi jarang shopping baju raya kat sini. Ummi biasa beli baju melayu Babah dan anak-anak kat Jakel je yang murah-murah. Nah Ummi belanja sikit gambar booth-booth jualan raya.
Macam cun je yang kanan tu hehehe. Tapi tengok je tak beli pun. Nanti Ummi share apa warna tema kami sekeluarga tahun ni.
Ni stage kat area menghala ke food court. Silalah menyesakkan diri anda ke Angsana ya. Berbelanjalah dengan berhemah jangan lupa bahagian untuk pembayaran zakat fitrah. Kalau belum bayar fidyah cepat-cepat bayar ya utamakan yang wajib baru shopping raya hehe.
Ok Ummi cau cin cau.
ehh hari tu terjumpa kan? hahahahaha
hahaha ye hari itulah
assalamualaikum hernee…boleh pergi lah nanti…
waalaikumussalam ma..mmg kena cuci mata