Promosi Pra Ramadhan & Aidilfitri 2017, Angsana Johor Bahru Mall

24/05/2017

Sila jangan kecam Ummi Ilhams ok sebab update entri pasal raya. Bukan kami yang excited nak beraya. Kebetulan kami  ke sini Ahad lepas untuk makan-makan sempena birthday Ummi. Tup-tup masuk Angsana dah penuh orang jual baju raya.

P_20170521_171753_vHDR_On

Promosi Pra Ramadhan & Aidilfitri 2017
Tarikh: 13 April – 24 June 2017
Tempat: Aras 1, 2 dan 3, Angsana Johor Bahru Mall
Organizer: UDA Angsana Sdn Bhd

P_20170521_171809_vHDR_On

Tema wau katanya sempena 20 tahun Angsana Johor Bahru Mall.  Lima jenis wau paling popular di Malaysia.

P_20170521_171856_vHDR_On

Tengok ke depan eh siap dah ada stage bagai. 

P_20170521_173528_vHDR_On

Rupa-rupanya sedang berlangsung petandingan karaoke lagu raya. Makk oiii puasa pun belum haha. Sekali tengok atas stage Awie Angsana daaa. Otai masih berbisa hahaha. Kemain beriya dia menyanyi siap melutut bagai.

P_20170521_173845_vHDR_On

Kitorang tak join the crowd pun. Terus naik atas ronda-ronda.

P_20170521_174013_vHDR_On

Dah sampai atas ada persembahan zapin pulak.

P_20170521_174029_vHDR_On

Berhenti kejap ajak anak-anak tengok zapin. Tak sempat habis pun zapin Babah dengan Ilham dah melencung masuk kedai alat muzik hahaha.

Ok korang yang dah ada bajet raya bolehlah cuci mata kat Angsana Johor Bahru Mall ya. Ummi jarang shopping baju raya kat sini. Ummi biasa beli baju melayu Babah dan anak-anak kat Jakel je yang murah-murah. Nah Ummi belanja sikit gambar booth-booth jualan raya.

P_20170521_171812_vHDR_On

P_20170521_171817_vHDR_On

P_20170521_171917_vHDR_On

P_20170521_171934_vHDR_On

P_20170521_171945_vHDR_On

P_20170521_172147_vHDR_On

P_20170521_172034_vHDR_On

Macam cun je yang kanan tu hehehe. Tapi tengok je tak beli pun. Nanti Ummi share apa warna tema kami sekeluarga tahun ni. 

P_20170521_183953

Ni stage kat area menghala ke food court. Silalah menyesakkan diri anda ke Angsana ya. Berbelanjalah dengan berhemah jangan lupa bahagian untuk pembayaran zakat fitrah. Kalau belum bayar fidyah cepat-cepat bayar ya utamakan yang wajib baru shopping raya hehe.

Ok Ummi cau cin cau.

Share this nice post:

4 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: