Work

10 Years In PTP (16 May 2007–16 May 2017)

20170515_135608-01

Alhamdulillah. Pejam celik.. pejam celik.. pergi balik.. pergi balik.. dah 10 tahun mencari rezeki di PTP. Sepuluh tahun lepas berita dapat kerja di PTP ni adalah salah satu hadiah hari lahir paling istimewa untuk Ummi Ilhams. Rasa syukur yang amat, sebab masa tu memang niat nak cari kerja tetap nak buat loan rumah untuk arwah mak dan nak kahwin ehhhh Smile with tongue out. Alhamdulillah berkat doa mak ayah dapat kerja tetap di sini dengan jawatan temporary clerk 2 bulan. Walaupun jenuh apply guna SPM, Diploma mahupun Degree, bila dapat jawatan tu saya tak memilih terus grab je. Dalam hati kata mana tahu rezeki boleh dapat jadi permanent staff. Jodoh pun dengan staff PTP ehhh (itu cerita lain). Alhamdulillah masih setia bersama PTP di tahun ke 10. Rasa macam nak main bunga api je kat padang PTP celebrate sorang-sorang kahkahkah. Tapi nampak macam KKS (Kurang Kasih Sayang) sangat hahaha. Jadi kita buat entri penghargaan untuk PTP, terima kasih bosses and colleagues yang sudi menerima saya yang serba kekurangan sebagai pekerja uolls. Semoga panjang lagi jodoh saya di PTP.

Nak jadi sebahagian dari keluarga PTP? Boleh cuba mohon jawatan kosong PM Driver di PTP
Jawatan Kosong Di Pelabuhan Tanjung Pelepas Gelang Patah Johor

Share this nice post:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *