Sambungan dari entri INI.
Ada masa rehat berbaki lebih kurang 45 minit, jadi kami plan terus ke Forest City. Bukan nak ke tepi pantai, kerja gila pepanas nak jemur diri. Kami meronda sekitar Harbour Commercial Street.
Tercicir pulak muka makcik Dila tu, entah apa dia berangan.
Nah masuklah kang kecil hati. Tapi kenapa ek makcik sebelah Ummi tu macam fefeeling supermodel ??
Mula-mula rasa cukuplah bergambar macam ni. Sekali Dila nak juga panggil Pak Guard Silamat Tingahari suruh snapkan haha.
Gasaklah dia main snap je. Makin lama makin menyenget kitorang.
On the way cuci mata. Allahu akbar.. sorang lagi fefeeling supermodel. Pelissss la makcik Dila.
Kena bahan sikit terus taubat. Sebenarnya dalam pada cuci mata tu, kami tercuci poket sikit. Kenapalah ada kedai tu kat sini ek. Hmmm.. habislah lepas ni nak jengah lagi. Kedai apa tu? Nanti share dalam next entry ya.
Tak sedar diri berjimba tengok jam. Gulp! Dalam lift pun diorang paksa bergambar. Paksa ok paksa.
Nak bergambar dekat lift yang ada screen tu punya pasal sampai lift terbuka tu ha tak sedar haha. Nasib tak ada orang lain dalam tu. Aduhai makcik mana la yang riuh rendah berjalan kat Forest City ni.
Itulah cerita Jumaat kami. Next week ke mana kita? ??
best pula ke Forest City ni yer, ada masa nak singgah sekali la
jom la wazy..ajak geng jdt blogger lain..dwkat je dgn rumah akak ni..
assalamualaikum hernee…ari tu nak pi juga tapi x dpt sbb hujan…terpaksa canceled n pi ke tempat lain jer…
waalaikumussalam mama..lor ye ke..kalo gi roger2 blh join0
tu la…lain kali nak pi boleh la roger2 kn…bawa semua group jdt blogger ke sini best jugakan..
tu la hari tu dah cadangkan kat dorang..