Kio Da Korea Concept Store Forest City

Sambungan dari cerita berjimba di Forest City.

Ronda punya ronda kami terjumpa kedai serbaneka ala-ala Daiso dan Yubiso. Hari tu tak perasan pula hehe. Kedai ni namanya Kio Da. Kedai serbaneka barang-barang dari Korea.

P_20170428_144156_vHDR_Auto

KIO DA International Concept Store

P_20170428_143211_vHDR_Auto

Harga barang-barang paling murah RM10 satu barang kot. Sebab tak sempat belek-belek semua hehe. Walaupun kedainya tak besar mana, tapi syok jugalah membelek barang. Lagi-lagi bila banyak barang berwarna pink dan warna-warna pastel yang suwit muwit tu. Lagilah melekat Ummi duduk dalam tu.

P_20170428_143330_vHDR_Auto

Makcik-makcik ni sempat la mencuba barang-barang kosmetik dari Korea. Ummi tak join kat area sini sebab kita dah tertarik kat area belakang tu. Lagi pun kita tak handal bab-bab kosmetik ni haha. Terus terfikir nak belikan hadiah untuk Top 3 Commentators blog herneenazir.com.

P_20170428_144126_vHDR_Auto

Akhirnya sempat juga grab tiga barang. Walau harganya tak seberapa, harap-harap dapat menggembirakan pengomen tegar blog Ummi tu. Rugilah uolls yang masuk blog tapi tak komen hehe.

P_20170428_161702_vHDR_Auto

Home fragrance untuk Ummi. Bubuh atas meja kat office je. Kalau bawa balik rumah takut tinggal kotak je. Itu pun kalau kotak selamatlah hahaha.

P_20170428_144235_BF

Kita dah siap jengah kedai sebelah, dia tak sesiap lagi.

P_20170428_144253_vHDR_Auto

Ni lagi sorang, paksa kita ambil gambar dia kat kaunter.

P_20170428_144643_vHDR_Auto

Ok dah grab 4 barang dengan harga RM45 marilah pulang ke pangkal jalan. Kalau nak compare dengan Daiso murah lagi Daiso la kan sejak berGST barang dalam lingkungan RM5.30 satu. Nak compare dengan Yubiso tetiba blur sebab baru sekali je belek dan beli barang Yubiso haha.

Korang yang tercari-cari barang-barang comel nak bagi anak-anak, kawan atau nak buat huasan di rumah boleh la jengah je KIO DA Forest City Outlet ni. Tapi standby la kalau bawa anak-anak takut kena pow mainan ekeke. Jadi kalau ke Forest City Ummi dan Babah kena elak lalu depan Kio Da ekeke.

Sekian laporan dari bilik berita Kio Da.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “Kio Da Korea Concept Store Forest City

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *