Babah dan Geng Futsal

Hobbies

154503835 (1)

Malam semalam Babah join geng-geng futsal main futsal di Danga Futsal Centre, Kg. Sungai Danga. Ikut plan asal Babah nak bawa kami semua. Sekali dari pagi bawa ke petang pakcik-pakcik kenet ni tak tidur-tidur. Lepas maghrib Babah cakap kami tak payah ikut nanti bebudak mengantuk nak ajak balik. Ummi redho je, dapatlah update blog hehehe.

Babah Ilhams ni tak lah handal benor bersukan. Tapi semua sukan dia nak tapau. Ramai sangat geng.. badminton la, volleyball la, futsal la.. kalau ada geng batu seremban, geng congkak, geng ceper, geng galah panjang pun silap-silap dia nak join hahaha. Ayat balas dendam sebab Babah membahan Ummi cakap Ummi ni banyak group. Group susu ibu, group deko, group blogger, group masak, group bercucuk tanam.. semua Ummi nak join ekeke. Join boleh tapi jangan hangat-hangat tahi ayam kata dia. Ciskekkkk hahaha.

Oklah harap-harap next time boleh ikut Babah main futsal. Cuti-cuti tepu weh kalau tak ada aktiviti. (padahal banyak benda boleh buat kat rumah tu ekekeke)

Related Posts

4 thoughts on “Babah dan Geng Futsal

  1. assalamualaikum hernee…cian ummi ilham yer…sesekali mmg seronok dpt join sikenit berdua tu kat rumah sambil layan blog…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!