Rezeki Babah Memancing Ikan

Rezeki Babah Memancing Ikan

Macam yang sebelum-sebelum ni Ummi pernha kongsikan hobi Babah Ilhams ni memancing. Semenjak dah tak kerja shift ni, weekend mudah sikit la dia nak spend time untuk layan hobi dia ni. Ini rezeki minggu lepas, Babah memancing di Kolam Pak Abu. Sila abaikan gambar bontot kuali yang hitam tu ya, sila fokus pada ikan. Itu tanda Ummi rajin masak ekeke. Kemain ek gaya Babah tayang ikan hahaha.

Ok gambar si pemancing dan ikan gelama Taiwan hasil pancingannya. Ikan ni seberat lebih kurang 1.9kg kalau tak silap Ummi.

Alhamdulillah rezeki kami anak beranak. The Ilhams bangun tidur terus teruja tengok Babah bawa balik ikan.

Nah dah siap Babah tolong siangkan dan potong. Bagi tenaga lelaki yang buat ekekeke. Dapat 7 potongan.

First time ok nak makan ikan gelama Taiwan biasa makan gelama laut tu je. Percubaan pertama Ummi masak asam pedas je. Sedap juga.

Percubaan kedua Ummi masak kari, dapatlah jamahkan Aunty Didie, Mommy Ngah, Mama Cu dan Uncle Cu. Kesimpulannya antara asam pedas dan kari, ikan gelama taiwan ni lagi sedap dimasak kari. Itu ikut tekak Ummi la hehehe.

Ini hasil pancingan Babah hari Jumaat lepas. Gigih dia memancing sorang-sorang kat tali air belakang Kilang JST PTP. Ummi orang kampung pun tak pernah jejak ke sini hahaha.

Rezeki Jumaat, dapat seekor ikan kacang. Babah dah siap tolong siangkan juga. Dapatlah 9 potongan. Ikutkan arwah mak dulu ikan kacang dia suka masak asam rebus. Kekonon Ummi nak masak asam rebus, tapi mengenangkan Babah tak berapa suka asam rebus, Ummi masak je la asam pedas.

Taraaaa.. menu asam pedas ikan kacang di hari Ahad. Sedap makan ikan fresh dari laut ni tau. Dah beberapa minggu ni memang Ummi tak beli ikan pun kat kedai. Makan je la rezeki dari hasil yang Babah dapat. Minggu lepas hari Sabtu Babah pergi memancing juga di Kolam Pancing Syawal, tapi tak ada rezeki. Nanti next entry Ummi share cerita Ummi dan Syamil teman Babah memancing di hari Ahad hehehe. Okbai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 thoughts on “Rezeki Babah Memancing Ikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: