Koleksi Buku-buku Terbaru Untuk Anak-Anak

11/04/2017

Hari Ahad kan kami meronda AEON Bukit Indah, Abang Ilham request nak ke Toys R Us tapi Babah tak nak layan haha. Dia kata boleh tak kalau nak buku. Babah kata kalau buku tak apa boleh je. Jadi kami singgah ke Popular mencari buku.

P_20170409_215724

Ummi capai buku Adik Jom Solat RM8.90. Budak kecil berdua tu riuh sekampung kejap nak buku tu kejap nak buku ni. Peruntukan sorang satu tapi masing-masing rambang mata.

P_20170409_215733

Sudahnya Abang Ilham ambil buku komik Boboiboy Sfera Kuasa adaptasi dari Boboiboy : The Movie RM19.90. Dari gaya beli buku tu macam dah pandai baca sangat kan hehe. Padahal dia nak tengok gambar je tapi dia dah boleh la mengeja sikit-sikit. Suka hati lah janji ada minat nak membaca.

P_20170409_215744

Agak-agak ni buku siapa? Cuba teka. Ini buku pilihan budak kecil yang berumur 2 tahun. Offer buku lain tetap tak nak. Dia kata “mi nak men.. nak men..” Dia dah nampak gambar ironman tu ha. Aduhaiii awak baru 2 tahun dik, berangan sangat ni hahaha. Makanya Ummi Babah la tukang bacakan untuk budak berdua ni nanti hehehe.Untukmu Adik Syamil Ummi belikan la buku Iron Man Pahlawan Perisai Edisi Bahasa Melayu berharga RM19.90 tak silapnya.

Dari semalam duk kelek buku. Bila Ummi beg sekolah Abang Ilham rasa berat semacam. Rupanya ada hati nak bawa buku boboiboy pergi sekolah. Senyap-senyap Ummi keluarkan. Sorry Abang Ilham.. nanti cikgu marah tau.

Harap-harap anak Ummi semua sukalah membaca buku nanti ya.

Share this nice post:

7 Comments

  • maszull

    11/04/2017 at 9:28 am

    assalamualaikum hernee…betul tu sama mcm cucu mama juga…kalau cek beg sekolah tu mesti ada saja buku atau barang mainan yg nak dibawa ke sekolah…

    1. Hernee Nazir

      11/04/2017 at 9:34 am

      waalaikumussalam..kan ma..beg dah macam batu berat.

  • Ana suhana

    11/04/2017 at 1:28 pm

    Syafi kalau ke kedai buku semua buku dia nak. Sampai rumah tak sentuh pun buku2 tu. Lagi suka sentuh kereta2 dia. Hehe

    1. Hernee Nazir

      11/04/2017 at 2:43 pm

      hehehehe macam satu kedai dia nak beli kan..hahaha

  • Uyul Rosli

    12/04/2017 at 11:50 am

    Wahh seronoknyaaa anak anak umi dapat buku buku baru,

    1. Hernee Nazir

      12/04/2017 at 12:42 pm

      hehehe seronok la auntie uyul..

  • Lunch at Restoran Johnny’s AEON Bukit Indah | herneenazir[dot]com

    12/04/2017 at 8:00 pm

    […] Last but not least, banana split share berdua Babah. Romantikus gitu hahaha. Lepas makan pergi jengah-jengah kasut Ummi sekali budak sorang tu merengek nak buku. So beli buku kat Popular. Boleh baca entri koleksi buku baru diorang di SINI. […]

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: