Lunch Sebelum Balik Kampung at Chamek Kopitiam GP Sentral

02/04/2017

Cerita semalam, sebelum gerak balik kampung singgah lunch dulu. Ummi tak berapa sihat, semalamnya balik kerja akhirnya Ummi yang tumbang demam. Penat sangat berganda-ganda agaknya jadi dari semalam cuti masak. Babah kata makan kat Chamek Kopitiam je ok walaupun mulut macam nak ajak makan boat noodle ekeke.

Sebenarnya Ummi Babah order Nasi Gorebg Seafood Hot Plate menu baru. Sekali katanya tak ada pula hmmmm. Terus Babah tukar menu Nasi Goreng Pattaya.

Ummi pula Mee Goreng Mamak yang tak berapa nak mamak. Kalau tahu baik order Beef Kue Tiaw hahaha.


Abang Ilham nak kentang goreng je. Tempura tu kongsi dengan Adik Syamil. Sekali tengah makan waitress hantar Fish n Chip. Erkkk rasa tak jadi order tadi, rupanya Ummi TERtulis juga. Babah nak cancel tapi makanan dah siap redho je la. Nasib Syamil nak makan. Sorry Babah. Maka gambar tak sempat snap sebab Ummi cuak dah salah order kahkahkah.

Siap makan terus bergegas balik kampunggggg ooooo balik kampunggggg. Tu Adik Syamil nak payung lesung pipit sekali. Hensem tak kita berangan pakai spec Babah hehe. ‘Peace’ memang style 3 jari hahaha. Abaikan dagu Ummi dia yang makin tebal tu ya hahaha.

Bila jengah-jengah blog ehhhh banyak juga entri makan di Chamek Kopitiam GP Sentral ni. Boleh baca SINI dan SINI. Peminat ke camana? Hahahahaha. Diskaun pelisssss taukeh Chamek.

Share this nice post:

3 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: