My Hero Kechik - Ilham Syamil

Update #6 -Ilham Syamil @ Columbia Asia Hospital

27 Mac 2017

Alhamdulillah pagi semalam naj juga dia jamah coco crunch tu. Tapi baru syok nak makan nurse dah masuk untuk bagi neb. Terus terbantut nak makan.

Sudahnya time neb dia mogok. Tarik tali tu biar melondeh ke bawah. Muka memang muka bengang air mata berlinang. Lepas neb kena siap-mandi nak buat physio pula. Rutin sepanjang 6 hari.

Menunggu turn. Muka dah pucat lesi. Kesiannya anak Ummi.

Sesi pertama lebih kurang  jam 9am. Masa ni baru nak start suction. Pasrah je la Ummi tengok walaupun sedih hati tengok. Balik bilik je terus nak susu dan tertidur kepenatan menangis. Sambil merengek nak babah.. nak abang.

Suction sesi petang jam 2.30pm. Keluar suara anak jantan Ummi menjerit masa tiub masuk dalam hidung dan mulut. Bertabah la Syamil, lendir banyak sangat.

Lepas siap suction balik bilik dia tidur lagi. Bangun tidur cakap nak makan. Cepat-cepat Ummi ajak ke cafe. Dia tunjuk nak nasi goreng dalam hati makan ke tak ni. Kang Ummi juga yang kena bedal hahaha. Alhamdulillah dah nak makan. Hidung dah tak sumbat, selera dah ada. Taklah banyak sangat dia makan tapi tu pun dah buat hati Ummi lega.

Balik bilik muka sayu nak Babah nak Abang. Babah tak dapat jengah Adik semalam. Babah demam panas. Lepas maghrib minta tolong Mommy Ngah dan Mama Cu bawa Abang Ilham jumpa Ummi dan Adik. Dia dah sedih sangat dah tu. Sampai hospital request Ummi suap dia makan. Alahai sian Abang Ilham, sabar ya doa-doa hari ni Ummi balik. Masih menanti kata-kata keramat doktor sama ada Adik boleh discharge ke tak petang ni. Bertabahlah!

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

10 thoughts on “Update #6 -Ilham Syamil @ Columbia Asia Hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *