TQ Auntie Tata & Auntie Janjan 

28/03/2017

Semalam Auntie Tata dan Auntie Janjan datang jengah Syamil. Thanks ya korang. Walaupun anak bujang i malu-malu dengan dua orang aweks depan mata dia hahaha.

Harap sebelum Auntie Tata balik KL sempatlah makan sama-sama ya. Kalau tak kita makan kat Cafe Columbia je lah ekeke.

Eh selit sikit cerita lain.

Lepas Auntie Tata balik hotel, Abang Ilham sampai dengan Mommy Ngah dan Mama Cu. Rindu Ummi dan Adik. Puas hati dapat suruh Ummi suap dia makan lauk ayam red Mommy masak. Bila nak balik meleleh air mata. Kata Babah dia tak banyak ragam kat rumah sepanjang Ummi tak ada. Pandai la hai anak Ummi bawa diri.

Saat ni Ummi, Babah dan Adik Syamil tengah menanti kunjungan doktor. Manalah Dr. Azhar ni. Dapat balik ke tak hari ni doktor. Ya Allah cepatlah sihatkan Adik Syamil.

Share this nice post:

4 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: