Review Homestay Kamar Tamu, Parit Bilal, Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor

01/02/2017

1485765762819-01

assalamualaikum semua. cuti CNY hari tu kemana? oh kami anak beranak dari sabtu hingga isnin busy ahaha. busylah sangat. sabtu gerak balik kampung. sampai pun dah petang. esok paginya ummi ada program bersama #teamjdtblogger. ok next entry kita story. petang ahad barulah gerak ke Homestay Kamar Tamu, Parit Bilal Tongkang Pecah.

kami buat apa kat sini? ummi dan bff ada “Mini Gathering Ex-BCA UiTM Melaka” yeay! akhirnya impian nak bergathering terlaksana. kata orang, plan last minutes tu selalunya jadi. plan yang beriya nak rak tu kekadang hampeh tak jadi hehehe, lokasi pilihan kami di Batu Pahat memandangkan tukang booking homestay memang orang BP, lepas tu ramai pulak yang balik ke BP cuti CNY hehe.

1485849248883-01

ikutkan kami check in jam 2 petang. kawan2 ada yang dah sampai awal. tapi family kami je antara yang lambat sampai sebab ummi lambat gerak dari kluang hehe. ampunnnn.

 

1485849341714-01

main entrance Homestay Kamar Tamu

1485849694506-01 
cantik homestaynya kemas nampak. pertama kali kami ke sini.

1485849135491-01

1485849927210-01

ada pondok siap berbuai. ohh ada 2 cerita sadis di sini hahaha. next entry kita story.

 

1485849863642-01
homestay ni berkonsepkan kediaman di dalam taman. memang tenang mata tengok banyak pokok2 hijau. rasa macam nak minta benih pokok jek kahkahkah.

1485849066510-01

pintu masuk dari luar.

1485848843291-01

untuk aktiviti BBQ. ada dua tempat. malam tu kami dapat bahagian belakang tu. yang depan dah ada tetamu lain guna.

1485848993482-01 
tepi pondok BBQ ada pondok santai untuk makan2. ni pun masa tu dah digunakan oleh tetamu group lagi satu. jadi kami guna ruang makan satu lagi. ohh pondok ni pun ada kenangan sadis. triple S ni memang mencipta memori di Kamar Tamu hahaha. ok serius!

Kamar Tamu ni terdiri daripada 4 bangunan kediaman dan satu dewan serbaguna terbuka.

1. Banglo
2. 2 blok teres dengan 8 bilik
3. VIP Suite

banglo ada 4 bilik (L1-L4), stor dan dapur. RM140 sebilik. dalam setiap bilik ada sofa bed.

1485848597451-01

1485848687469-01 
ini kawasan ruang tamu banglo. gambar bilik tak ada terlupa nak snap.

1485848774212-01

dapur ni untuk dikongsi bersama. memang segala kelengkapan semua cukup. kalau nak ke sini tak perlu bawa apa2 peralatan memang dah ada boleh guna. fridge, cerek, dapur gas pun ada di luar kawasan pondok BBQ.  tapi biasalah kami mak2 ada je selit barang2 sendiri nak dibawa. untuk makanan silalah bawa hehehe.

1485848545003-01 
ruang makan. banyak meja memang cukuplah untuk kami2 ni ha. memang kat sini lah ruang kami bergossip habiskan masa bersama malam dan pagi. depan sikit tu ada sinki dan toilet. bersebelahan toilet ada shower, lepas berenang2 bolehlah bilas diri kat situ.

1485847898299-01

1485848352916-01

ini VIP suites. ada dua tingkat dan tingkat atas ada satu katil queen dan ruang bawah ada sofa bed dan juga dapur kecil. harga RM 250.

1485848475101-01 1485847822346-01
untuk anak2 jangan bimbang ada swimming pool untuk mandi manda. satu kawasan cetek untuk kanak2 dan satu lagi kawasan dalam sikit. tapi tak dalam sangat pun sebab bila ukur anak linda pun paras dada je hehehe. owner remind jaga2 anak malam sebab pernah terjadi mak ayah tidur anak2 duk berendam pukul 3 pagi. ohhh scary.

1485848256003-01

ini bilik teres. ada 8 bilik kesemuanya (B1-B8). kami menginap di Bilik B4. bilik teres dan VIP suite memang menghadap betul swimming pool.

1485845682761-01

katil queen. kami himpitkan ke dinding muat je tidur 4 beranak hehe. setiap bilik disediakan penghawa dingin. yang bestnya kannnnn. semua deko2 ni dari barang2 IKEA. simple tapi menarik gitu. ilham selak cadar sambil cakap “ummi ini yang ummi beli kat KL tu kan” hamboiii kepohnya anak ummi. pantang nampak lambang IKEA.

1485847412008-01 
ada ruang depan katil muat untuk solat dan disediakan 1 meja dan 1 kerusi. memang selesa untuk kami 4 beranak. anak2 pun boleh main2 di kawasan ruang tu.

1485846998409-01

almari dan TV. anak2 saya duk mencari kartun hahaha. mana ada nak oii ni bukan TV kat rumah.

1485847343990-01

bilik mandi pun luas dan selesa. ada disediakan water heater.

keseluruhannya memang puas hati la stay kat sini walaupun 2 hari 1 malam je. sesuai sangat kalau korang nak buat family day, re-union, majlis keraian perkahwinan atau pun kursus berskala sederhana untuk 30-50 orang. owner pun ramah tamah. bolehlah survey2 harga dan tarikh. kemudahan pun ok. dekat dengan bandar. untuk maklumat lanjut boleh refer info di bawah:

Homestay Kamar Tamu, Parit Bilal, Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor

FB : https://www.facebook.com/pg/homestaykamartamu
Maps : goo.gl/X26qj6
Website : https://kamartamublog.wordpress.com/
Alamat : 106 , Parit bilal , Tongkang Pecah
Call : 019-253 1173

Share this nice post:

2 Comments

  • maszull

    03/02/2017 at 9:47 am

    assalamualaikum hernee…cantiknya ..! kalau ada family day boleh booking nanti…:)

    1. Hernee Nazir

      09/02/2017 at 11:27 am

      waalaikumussalam mama.. aah mama recommended..mmg best kat sini..masak semua boleh..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: