31 Days Challenge by JDT Blogger – Day 28

Blogging Challenge

semakin menuju hari2 terakhir.ohhh i is sedih ekeke. tajuk cabaran day 28 hari ini, “Pakaian Hari Ini” atau sebutan anak2 muda hipster sekarang OOTD outfit of the day. ceh gitu.
hari ni ummi ilhams pergi office pakai seluar dah blouse uolls. kerja akak ni memang ikutkan taklah boleh senang lenang nak berjubah..berbaju kurung.. mahupun berskirt labuh. sebab akak assist Towage Section. berhadapan dengan tug boat dan pilot boat. ajer gila ko nak naik tug boat pakai jubah haha. memang tergolek akak dalam laut tu nanti. tapi jubah tu feveret outfit akak hehe.

ok details sikit untuk OOTD hari ni..

shawl – shawl dari Calaqisya. favourite brand akak. ikutkan tu shawl biasa size L. akak dengan gigihnya dah jadikan dia instant shawl double loop. alah jahit pakai tangan jek hehehe.

blouse labuh – blouse ni akak beli tahun lepas di Padini, AEON Bukit Indah, JB. best sangat. labuh dan kainnya sejuk. yang penting mesra breastfeeding sebab ada butang2 di hadapan. itu ciri2 utama baju akak sejak bergelar mak2 hehe.

seluar – akak beli di Brands Outlet. yang ni pun best seluarnya. kain sejuk. cutting dia selesa dipakai. harga pun tak mahal. jumpa warna gret je masa tu. ikut hati nak beli hitam juga. tapi tak ada.

kasut – kasut kesayangan akak ni. dah nak masuk tahun ke 2 dah berkhidmat dengan akak. jenama B.U.M equipment hehe. beli masa nak ke China tahun 2015. masih elok lagi. tapaknya lembut memang selesa sangat pakai.

selain tu spec yang tak boleh tinggal ni jenama agnes B. beli tahun 2015 selepas kejadian spec patah semasa tournament volleyball. main tak seberapa hahaha.

ok tu je kot akak nak cerita. jangan lupa update OOTD korang tau. teruskan menyokong #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger. insha Allah akan datang banyak lagi aktiviti akan kami jalankan. keep on supporting us ya! ???

Related Posts

One thought on “31 Days Challenge by JDT Blogger – Day 28

  1. assalamualaikum hernee…biasanya kalau nak keluar pasti cari pakaian yg selesa dan mudahkan…kalau nak pi kerja pun perlu juga cari pakaian yg selesa dan bersesuaian…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!