Live Blogging, My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Get Well Soon Baby ;-)

image

image

Ohhhh.. Kesiannya hero kechik saya yang demam dari malam tadi. Balik dari rumah BS semalam memang dah rasa macam suam2 kuku je badan Ilham. Malam tiba2 makin panas pulak checkb temperature memang dah nak cecah 38°C. Apa lagi kami pun cepat2 tuam dengan air satu badan. Saya pun cepat2 telan vitamin C dan susukan Ilham. Alhamdulillah reda sikit panasnya tapi bila terjaga pukul 4am rasa panas semula.

Pagi ni saya terpaksa ambil emergency leave bawa Ilham ke klinik. Doktor check memang suhu agak tinggi. Doktor kata mungkin sebab gigi tu yang buat Ilham demam. Ada lagi sebatang nak menyusul. Walau macamana pun alhamdulillah anak ummi masih lagi boleh senyum ye sayang siap menegur2 patient kat klinik tapi bila doktor yang nak check suhu badan dan nurse masukkan ubat kat montot dia terus menjerit nangis hehehe. Doktor suruh mandikan macam biasa supaya suhu badan turun.

Mudah2an demam Ilham cepat kebah. Demam nak cepat besar kan hehehe. Ummi dan Babah doakan Ilham sihat selalu dan ceria macam biasa. Be strong baby! 😉

Posted from WordPress for Android

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

2 thoughts on “Get Well Soon Baby ;-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *