Pregnancy Info, Pregnancy Journey

Bengkak Pada Tangan dan Kaki.. Ohh Kakiku Gumuksssss :)

Malam tadi ikut En. Nazir pergi kenduri rumah kawan dia. Sepanjang kenduri tu saya duduk atas kerusi, sekali time dah nak balik gila kembung kaki sampai selipar pun tak muat 🙂 Balik sapu minyak dan urut sikit2, ingatkan bangun pagi ok rupanya tak susut pulak.

Sebelum ni memang dah start dah kaki bengkak2 kalau saya banyak berjalan ke berdiri ke. Selalunya time balik kerja confirm la kaki gemuk semacam tambah pulak balik rumah spend time 1 jam masak kat dapur. Memang bertambah2 menjadi2 la kegemukan tu.

Selalunya malam2 kalau En. Nazir ada, dia kena dera la dengan saya tolong sapu minyak Abu Dakam dan urut kaki saya ni. Kalau dia tak ada, maka saya berdiri di atas kaki sendiri je la.. sapu minyak urut sendiri walaupun kadang2 rasa tangan macam dah tak sampai nak urut kaki 😉 Start weekend ni rasa nak tukar sapu minyak kelapa dara (Bioselusuh) tu pulak dan minum sekali.

 

kaki gemuksssss 😉

Tengok tu.. bengkak, kembung, tembam, gemuk dan seiras makna dengannya. Kata En. Nazir “ok la tu, comel sikit kaki tu nampak berisi”.. Perghhhhh dia tak tahu yang menanggung ni ha punya seksa rasa nak berjalan. Jari jemari tangan saya pun dah sengal2 sebab membengkak (dah sama saiz dengan jari jemari Ita..oooopssss). Last check dengan Dr. Ong dia kata jangan risau, normal tu.. kalau rasa lain macam baru rujuk dia semula.

 

stokin belang2..standby kat opis..

 

Kat opis pulak kotak A4 paper jadi mangsa pengalas kaki, stokin belang2 tu memang standby kat opis takut sejuk. Ni tadi minta tiger balm Zira, sapu2 terus pakai stokin. Harap2 susut la sikit sementara nak tunggu time balik ni. Dah tegang je rasa kaki ni. Sabar je la kan.

Saya ada terbaca kat Baby Center pasal bengkak2 kaki ni. Kalau yang bengkak2 biasa ni dipanggil oedema. Oedema terjadi akibat lebihan cecair yang terkumpul sepanjang kehamilan. Sekiranya terjadi bengkak yang serious pada kaki, tangan dan muka ianya kemungkinan tanda2 pra-eklampsia (nanti saya share info) ianya perlu diberi perhatian yang serius.

Sila baca info mengenai Oedema kat bawah ni 🙂

Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Apa yang anda alami dikenali sebagai penyakit oedema. Ia adalah akibat cecair berlebihan yang terkumpul semasa kehamilan anda. Rahim anda yang sedang membesar juga memberi tekanan pada vena anda. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan air berlebihan, yang menjadikan keadaan bengkak lebih teruk.

Malangnya, ianya adalah mudah untuk mengalami penyakit oedema. Ianya juga agak biasa. Namun begitu, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada tangan dan muka anda, panggil doktor anda: Ianya mungkin tanda pra-eklampsia, sejenis penyakit yang serius.

Bolehkah saya mengurangkan kesan bengkak?

Untuk mengawal penyakit oedema:

  • Naikkan kaki anda bila boleh. Di tempat kerja, ia dapat membantu jika anda menyimpan sebuah bangku atau setimbun buku di bawah meja anda. Di rumah, cuba baring pada sebelah kiri anda bila berpeluang.
  • Pakaikan seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi.
  • Minumlah air yang banyak. Yang peliknya, apabila anda kekalkan hidratan ianya dapat membantu badan anda kurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menunggang basikal bersenam.
  • Makan makanan berkhasiat, dan jauhi sodium serta makanan yang bergaram seperti buah zaitun, ikan bilis dan kacang bergaram.
Serta jangan bimbang. Walaupun rupa buku lali yang bengkak akan menambahkan lagi rasa cemerkap anda, penyakit oedema adalah sesuatu keadaan sementara yang akan hilang sejurus selepas anda bersalin.

 

Share this nice post:
Tagged , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

4 thoughts on “Bengkak Pada Tangan dan Kaki.. Ohh Kakiku Gumuksssss :)

  1. bestkan memori time2 peknen ni….he eh he…semua kita rasa..masa nilah kita leh tgok kalau kita “mmbesar” mcm ni lah ajdiknyer..h ah ah….

  2. hehehe.. nampak GEBU gile..
    cam ayam KFC..
    Rilex yea.. dia akan kembang dan kembang lagi..
    Ammy dulu siap tukar saiz kasut 9 instead 7..
    X sanggup nak tgk selipar tue lagi…
    Cam selipa raksasa..
    hahahaha

    1. hahaha..tu la..dh gebussss semcm ni..nk mncari gak selipar raksasa ni..yg ade smue dh x muat.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *