Perut Boyot Yang Selalu Senget Ke Kanan :)

Cuba perhatikan betul2. Semenjak dua menjak perut makin boyot  dan baby kerap mengeras ni, terasa perut lebih menonjol kat sebelah kanan. Mula2 saya ada la rasa risau2 juga. Manalah tahu kot2 kedudukan baby salah ke apa kan. Cuak juga saya.

Saya pun mulalah bertanya dengan kawan2 kot ada yang experienced situasi yang sama. Alhamdulillah ada juga yang pernah alami. Lega sikit rasa hati. Masa buat BSP, saya tanya dengan nurse dia kata normal tak ada masalah. Tak puas hati lagi tanya juga dengan doktor, doktor tu kata “tak apa, ok tu jangan risau janji baby you ada gerak2.. maybe dia lebih selesa sebelah kanan”. Alhamdulillah kalau macam tu tak apa la.

Nak tidur malam la kadang2 rasa kurang selesa sebab asyik mengiring ke kiri je. Time dia mengeras dan terbonjol ke kanan rasa memang tak boleh nak bergerak hehehe. Sabar je la kan. Nanti kalau baby dah keluar mesti saya akan rindu detik2 tu 🙂

 

landing sebelah kanan lagi best la ummi 😉

 

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!