Anak Buah, Frenz

Congrats To Mummy Cdot.. Welcome to The World.. Rayqal Aqasha Hiew :)

Congrats to my BFF Cdot Ghazali yang selamat melahirkan seorang lagi hero Cina mixed Melayu semalam 17 Mei 2011, jam 4 petang secara normal dengan berat 3.2kg di Pusat Pakar Sakit Puan Dan Perbidanan Khor & Loh . Baby comel tu diberi nama Rayqal Aqasha Hiew bin Iskandar Hiew. Alhamdulillah mudah betul dia ni nak bersalin. Rasa macam sekelip mata dia bagitau yang dia dah kat labour room, lepas tu tiba2 sms dah bersalin hehehe.

Sebenarnya saya doa2 nak suruh baby Cdot keluar 16 Mei 2011 tapi baby tak nak keluar la time tu. Sesunguhnya Allah lebih mengetahui 🙂 Kalaulah keluar masa birthday saya tu, confirm hadiah yang saya bagi Pakej Anak Angkat Seumur Hidup termasuk sambutan hari jadi setiap tahun secara PERCUMA! 🙂 Tak apalah, yang penting birthday Rayqal masih sebelah2 birthday Ummi Long kan. Kalau Mummy lupa birthday Ummi Long memang tak patut hahaha.

Ini dia gambar budak comel rambut terpacak tu. Sekarang Ean dah jadi abang. Echah dan Kasha pulak dah bertambah pangkat hehehe.

 

 

Yang kat bawah ni gambar Mummy diorang masa saya datang menjengah malam tadi. Rambut fesyen terbaru masa berpantang ye kawan2 hehehe. Ean tu tengah praktis nak jadi hakim katanya.

 

To Cdot, selamat berpantang sobatku. Dia ni sebenarnya salah sorang pakar sakit puan saya dan juga ratu jamu yang saya rujuk untuk first time berpantang nanti 😉 Semoga saya pun dipermudahkan bersalin macam dia nanti. Amin. Doakan aku Dot!

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

11 thoughts on “Congrats To Mummy Cdot.. Welcome to The World.. Rayqal Aqasha Hiew :)

  1. Hi boleh saya tahu maksud nama rayqal, plan nk bg nama bb, tp duk cari maksudnya x jumpa, hope you may share info.Thx

      1. sy pun nak tau maksud nama rayqal.. sbb plan nak ltak nama 1st baby nie rayqal… insyaAllah tggu mase bsalin je nie… hope sis blh info ye.. tq 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *