Blog Statistics herneenazir.com 2026: Statistik Blog Januari hingga Julai | Setiap kali masuk pertengahan tahun, Ummi suka tengok semula perjalanan blog dan meneliti apa yang berlaku beberapa bulan yang telah berlalu. Bukan sekadar melihat angka trafik semata-mata, tetapi juga untuk mengetahui artikel mana yang paling mendapat perhatian, bagaimana perkembangan pembaca dan sejauh mana konsistensi Ummi mengemaskini blog.
Terima Kasih Untuk Semua Pembaca Blog herneenazir.com
Sejujurnya dari awal tahun Ummi agak kekurangan masa nak duduk mengupdate blog dengan tekun. Maklumlah ada kerja hakiki yang lebih penting yang perlu diutamakan. Nak abaikan terus blog memang tak lah kan. Sayang wooo.. walaupun blog Ummi tak lah glamour macam blog orang lain tapi dah namanya hobi menulis, takkan Ummi sia-siakan blog picisan ni. Alhamdulillah sejak berblog dari tahun 2006, ada banyak feedback positif dari pembaca mahupun kawan-kawan. Semoga perkongsian Ummi sedikit sebanyak membantu semua pembaca.
Statistik Berdasarkan Rekod dari Web Hosting NetKL

Untuk tahun 2026, kali ini Ummi kongsikan statistik blog herneenazir.com dari Januari hingga Julai 2026. Statistik ni berdasarkan sumber dari web hosting NetKL. Ada bulan yang trafiknya meningkat, ada juga yang lebih perlahan, dan setiap angka itu sebenarnya memberi sedikit gambaran tentang perjalanan blog sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.
Blog Statistics herneenazir.com 2026: Statistik Blog Januari hingga Julai
Tujuh bulan pertama 2026 sudah pun berlalu dan melihat semula statistik blog ini membuatkan saya sedar bahawa setiap kunjungan, pageview dan pembaca yang singgah sebenarnya mempunyai cerita tersendiri.
Walaupun angka statistik blog mungkin berubah dari bulan ke bulan, yang paling penting bagi Ummi ialah terus menghasilkan kandungan yang bermanfaat, menarik dan dekat dengan pembaca. Statistik ini juga menjadi satu bentuk motivasi untuk saya terus menulis dan memperbaiki blog dari semasa ke semasa.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah membaca, mencari maklumat, meninggalkan komen atau sekadar menjadikan herneenazir.com sebagai salah satu persinggahan di internet.
Misi Konsisten Update Blog
Jumpa lagi dalam statistik blog yang seterusnya! Nanti kalau ada kesempatan Ummi share statistik dari google analaytics dan google search console ya. Sekarang Ummi tengah berjuang untuk merajinkan diri mengupdate blog kesayangan Ummi ni.
Semoga baki tahun 2026 membawa lebih banyak cerita, lebih banyak tulisan dan tentunya lebih banyak perkembangan positif untuk blog ini! Wish me luck ok! Till then, babai!
![]()