Celebrate Wedding Anniversary Ke 18 Tahun di Nimmise Pastry Cafe JB

Celebrate Wedding Anniversary Ke 18 Tahun di Nimmise Pastry Cafe JB | Alhamdulillah wa syukurillah. Tahun ke 18 bersama Babah Ilham melayari bahtera rumahtangga. Semoga kekal hingga ke syurga. Aaamin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Thanks sudi bersama dalam suka duka susah senang. Adat berumahtangga ada ups and down. Thanks masih bersabar melayan kerenah anak sulung Samshudin dan Kasmah. Ehhh Ummi pun tepuk juga la bahu sendiri, bertabah melayan kerenah anak nombor enam Mahat dan Tipah ni ekekeke.

Alhamdulillah, Allah has truly blessed us with three wonderful sons. Semoga tiga hero Ummi Babah sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Tak dilupakan hero syurga Ummi, Ilham Syakir. Semoga berbahagia di taman syurga bersama-sama lima adik beradik yang lain. Ummi Babah sayang semua. Eh sorang lagi tercicir Kakak Zara, anak susuan Ummi. Sorry Zara, Ummi lupa invite Zara join makan-makan ni.

Dinner di Nimmise Pastry Cafe JB, Taman Melodies

Celebration kali ni Babah yang survey sendiri nak makan kat mana, setelah 18 tahun hahaha. Selalunya semua Ummi yang fikir. Alhamdulillah port makan kali ni memang tidak mengecewakan, betullah macam yang diviralkan.Kemain rajin kan Babah search cafe kali ni hahaha. Kalau tak dia kata nak belanja kat M&L Paris Cafe, Taman Melodies yang bertemakan pink tu untuk surporse Ummi. Tapi dia kata tengok dalam dah semua pink tak jadi hahaha. Ehhh geram ek, biar je lah pink hahaha.

Menu di Nimmise Pastry Cafe

A cup of cappuccino for Babah.

Pistachio Berry Cromboloni. Sedap rasanya.

Menu pilihan Babah, Creamy Tomyum Seafood Pasta dan Ummi pula pilih Curry Laksa Spaghetti. Both sedap namateyyyy hahaha. Betul-betul bersesuaian dengan harga hehehe.

Menu pilihan Tiga Abdul.. Abang Iham makan Soft Shell Crab Carbonara, Syamil makan Crispy Chicken Katsu Curry dan Syahid makan Fish & Chips. Sebagai emak, Ummi kena cuba semua ekekeke. Wahhh semua sedap ok. Serious sedap.

Abang Ilham dan Syamil minum Iced Lemon Tea, manakala Ummi minum Iced Cafe Latte dan Syahid macam biasa minum air paling mahal di donia.. ais kosong hehehe. Overall, food and drinks memang sedap belaka.

Dekorasi Cafe Yang Aesthetic

Dekorasi cafe sangat menarik dari luar hinggalah ke dalam cafe. Memang aesthetic dan instagrammable. Tak dinafikanlah memang port kesukaan Gen Z nak posing selepas lepak-lepak makan kat sini.

Tolonggggggggggg.. ada budak skodeng saya! hahaha..

Last but not least, our family potrait. Semoga Allah memelihara hubungan kekeluargaan kami, dilimpahi dengan kasih sayang dan rahmat Allah serta dijauhi dari hasad dengki dan fitnah manusia.. aamiin.

Lokasi Nimmise Pastry Cafe

Alamat: 171, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.

Telefon: 012-301 9272

Waktu Perniagaan: Setiap hari 8am – 11am

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *