Pengalaman Travel ke China: Shanghai, Zhenjiang & Hainan Dalam Trip Singkat (Part 2)

Pengalaman Travel ke China: Shanghai, Zhenjiang & Hainan Dalam Trip Singkat (Part 2) | Sambungan cerita travel Ummi dari Part 1. Lepas sarapan kami terus menuju ke Zhenjiang, Jiangsu. Ummi siap bawa bekal buah-buahan nak alas perut sepanjang perjalanan hehehe.

Perjalanan dari Shanghai Ke Zhenjiang, Wilayah Jiangsu

Kiri tu drivernya, muka macam gangster tapi dia ok je cuma tak pandai berbahasa Inggeris..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Jarak antara Shanghai ke Zhenjiang dalam lebih kuang 240km. Perghhhh belum apa-apa Ummi dah rasa kematu nak layan duduk lama hahaha. Nasib baiklah naik MPV yang selesa.

Singgah Berehat di Yangchenghu Service Area di Lebuhraya Shanghai-Nanjing, di Weiting Township, Suzhou

Selepas melalui perjalanan lebih kurang 2 jam, driver ajak singgah berehat sekejap di Yangchenghu Service Area. Kalau kat Malaysia R&R la kan hehehe, tapi kat sini versi siap macam mall sekali. Kawasan parking luas gila even kawasan Yangchenghu Service Area ni pun besar seluas kira-kira 50,000 meter persegi. Tempat ini bukan sekadar kawasan untuk berhenti rehat, ianya juga salah satu daya tarikan di wilayah ni. Reka bentuknya diinspirasikan daripada taman-taman terkenal di Suzhou seperti Lion Grove Garden dan Humble Administrator’s Garden.

Yangchenghu Service Area mula dibuka pada Mei 2019 selepas melalui proses naik taraf dan pembinaan semula. Kawasan rehat ini terletak di Lebuhraya Shanghai-Nanjing, di Weiting Township, Suzhou, wilayah Jiangsu, China.

Dekorasi dalamannya yang unik serta suasana yang selesa dan mesra pengguna membuatkan Yangchenghu Service Area menjadi antara tempat persinggahan yang popular bagi para pelancong yang melalui laluan ini. Nak ke toilet jangan lupa bawak botol air kosong atau portable biddet ok hahaha.

Tengah meronda sekitar kawasan ni Ummi terjumpa cengkerik, rasa memang cengkeriklah berbunyi. Rupanya nama dia Guōguō (dalam bahasa cina). Besar tau saiznya.Diorang jual bukan untuk makan, tapi dijadikan haiwan peliharaan tradisional, sebab utama nak dengar bunyinya tu. Kiranya dia memang tradisi lama di China sejak beratusan tahun dulu. Harganya 30 Yuan (RMB) seekor (sekitar RM18 – RM20).

Buat-buat kenangan gambar di dalam dan luar Yangchenghu Service Area, bukti dah sampai hahaha. Lepas tu kami menyambung semula perjalanan ke

Akhirnya Sampai di Jiangsu Zhenjiang Shipyard

Welcoming notes from them. All went well.

Gambar kenangan kat sini.Dah fefeeling duta Malaysia ke China dah ni hahaha.

Masa nak pergi makan, ternampak EV car yang comel ni, rasa nak bawa balik je hahaha.Boleh bawa pergi kerja kan hahaha. Bersepah betul EV car kat China kan. Seingat Ummi masa pergi Zhuhai dulu belum bersepah sangat.

SInggah stesen minyak, Sinopex Power. Kemain lagi nama dia hahaha. Lepas isi minyak MPV ni, kami terus ke restoran untuk lunch dan seterusnya check-in hotel di Zhenjiang. Nanti Ummi sambung next post.

Baca juga: Travel Ke China Pertama Kali? Ini 20 Tips Penting Yang Ramai Tak Tahu (2026)

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *