Travel Ke China Pertama Kali? Ini 20 Tips Penting Yang Ramai Tak Tahu (2026) | China merupakan destinasi yang semakin popular dalam kalangan pelancong Malaysia. Namun, terdapat beberapa perkara penting yang berbeza berbanding negara lain seperti sistem pembayaran, penggunaan aplikasi dan komunikasi harian. Jika ini merupakan kali pertama anda ke China, berikut adalah 20 tips penting yang boleh membantu menjadikan perjalanan anda lebih mudah dan lancar.

Tips Penting Sebelum ke China
Sebelum Berlepas
1. Isi Arrival Card Online sebelum tiba di China untuk mempercepatkan urusan imigresen.
https://s.nia.gov.cn/ArrivalCardFillingPC/
2. Download Alipay kerana kebanyakan urus niaga di China menggunakan pembayaran digital.
3. Link TNG eWallet dengan Alipay untuk transaksi yang lebih mudah dan tidak terus ditolak daripada akaun bank.
4. Sediakan Wise Card atau Visa Debit sebagai backup sekiranya ada masalah dengan Alipay.
5. Set roaming atau beli eSIM supaya sentiasa mempunyai akses internet.
6. Download Google Translate atau aplikasi penterjemah lain kerana ramai penduduk tempatan kurang fasih berbahasa Inggeris.
7. Download offline map seperti Google Maps atau Baidu Maps dan simpan lokasi penting.
Dokumen & Imigresen
8. Simpan alamat hotel dalam telefon dan screenshot sebagai rujukan jika ditanya oleh pegawai imigresen. 9. Screenshot dokumen penting seperti pasport, tiket penerbangan, tempahan hotel dan insurans perjalanan.
10. Simpan salinan dokumen di cloud storage seperti Google Drive untuk akses kecemasan jika telefon hilang.
Pembayaran & Pengangkutan
11. Sediakan wang tunai secukupnya untuk kecemasan atau kawasan luar bandar yang kurang menerima pembayaran digital.
12. Gunakan Didi Travel (dalam aplikasi Alipay) untuk tempahan e-hailing seperti Grab di Malaysia.
13. Semak kadar tukaran mata wang sebelum berlepas untuk mendapatkan nilai yang lebih baik.
Keperluan Harian
- Bawa portable bidet atau botol air mineral kosong 500ml untuk istinjak kerana kebanyakan tandas tidak menyediakan bidet kecuali sesetengah airport. Ni sangat penting ya.
- Sentiasa bawa tisu basah dan tisu kering kerana ada tandas awam yang tidak menyediakan tisu.
- Bawa universal adapter kerana jenis soket mungkin berbeza mengikut lokasi.
Travel Ke China Pertama Kali? Ini 20 Tips Penting Yang Ramai Tak Tahu (2026)
Makanan & Halal
- Cari restoran yang mempunyai tulisan “清真” (Qingzhen) yang bermaksud halal. Biasanya kalau China Muslim yg berasal dari Lanzhou dorang ada jual mee tarik macam yang ada jual kat Malaysia ni
- Tempah halal meal lebih awal semasa membeli tiket penerbangan. Ditakuti naik China airlines, nanti korang dapat “pork noodle” hehehe.
- Bawa makanan ready-to-eat seperti mi segera, sambal atau makanan segera halal sebagai persediaan. Penting sangat untuk kawasan yang susah nak jumpa restoran Muslim.
Kesihatan & Keselamatan
- Bawa ubat-ubatan asas seperti Panadol, ubat selsema, ubat cirit-birit, lozenges dan minyak angin untuk kegunaan kecemasan.
Bonus Tip: Pastikan power bank korang mempunyai label CCC (China Compulsory Certification) dan sentiasa letakkan di dalam cabin bag, bukan bagasi check-in. Ini antara perkara yang sering diperiksa di lapangan terbang China. Imigresen China sangat strict ya uolls.
Baca juga: The Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 3–Part 2
![]()