Promo Merdeka & Hari Malaysia: Dinner Shellout di Restoran Bara Ikan Bakar Senibong

Promo Merdeka & Hari Malaysia: Dinner Shellout di Restoran Bara Ikan Bakar Senibong | Alhamdulillah, Ummi dapat berkongsi rezeki makan shellout sedap bersama anak-anak. Babah je tak dapat join kali ni sebab dia kerja shift siang balik lebih kurang jam 9pm. Lagi pun Babah kan tengah fasa mendiet ekekeke. Kalau korang nak tahu kami makan set shellout promo Merdeka dan Hari Malaysia. Memang sedap dan puas hati. Jom Ummi share lebih details.

Promo Merdeka & Hari Malaysia

Tempoh Promosi: 16 Ogos – 30 September 2026

Kalau korang tengah cari port makan seafood yang sesuai untuk dinner bersama family atau kawan-kawan, boleh cuba singgah ke Restoran Bara Ikan Bakar Senibong! Lagi menarik, sempena sambutan Merdeka & Hari Malaysia, restoran ini menawarkan promo khas untuk korang yang teringin menikmati set shell out bersama-sama.

Yang bestnya, 1 set boleh dinikmati sehingga 4 orang! Memang sesuai untuk makan ramai-ramai dengan family & kawan-kawan.

3 Pilihan Menu Shellout

Bag of Sea Shell Prawn RM219

Bag of Sea Shell Crab RM299

Bag of Sea Shell Lobster RM499

Pilihan Air Yang Sedap & Menyegarkan

Pilihan air banyak ya uols. Air-air yang Ummi share ni semua yang refreshing. Antaranya Frizzy Mango, Frizzy Pineapple, Frizzy Strawberry, Frizzy Lime, Ribena Soda, Blue Lemon, Milky Strawberry, Milky Mango, Milky Pineapple, Milky dan banyak lagi pilihan air-air lain yang korang boleh order.

Sedap Ke Tak Shell Out Bara Ikan Bakar Senibong?

Serious sedap! Kuah sambal pecah telur tu memang sedap betul kat tekak Ummi. Gaya masakan ala Chinese style, kuah likat cukup rasa, memang balance rasanya. Ummi siap hirup lagi sambalnya tu hahaha. Macam-macam seafood ada dalam satu pinggan besar. Memang berbaloilah dengan harga.

Dah macam beradu makan empat beranak. Abang Ilham macam biasalah Juara bertahan. Dia ni memang tak rugi kalau belanja makan. Konfem licin. Diorang ni memang peminat shellout sejati ok, kalau kat area rumah tu pun diorang selalu je minta Ummi tapaukan shellout bajet tu hehehe. Konfem nak repeat makan kat sini.

Kalau korang memang peminat shellout dan sedang mencari idea untuk dinner di Senibong, bolehlah ambil peluang untuk cuba promo istimewa ini sebelum ia berakhir.

Promo Merdeka & Hari Malaysia: Dinner Shell Out di Restoran Bara Ikan Bakar Senibong

Lokasi Restoran Bara Ikan Bakar Senibong

Restoran Bara Ikan Bakar Senibong
(Bersebelahan dengan Pak Akob Kolam Pancing)

Waktu Perniagaan:
Setiap hari 4.30pm – 2.00am

Untuk Tempahan:
016-402 0350

Instagram: @baraikanbakarsenibong

Sambil makan korang juga bolehlah memancing di kolam ijan Pak Akob ni. Rasa dulu Babah pernah juga memancing kat sini. Next time bolehlah ajak hero-hero ni memancing.

Baca juga: Lunch Menu Warisan Malaysia Feast di Sunway Hotel Big Box – Jom Nikmati Hidangan Tradisional Malaysia

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *