Jom ke LEGOLAND Malaysia Resort Sempena Lunar New Year | Cerita Khamis lepas, sempena cuti sekolah ni memang kami tak ada jalan-jalan kemana pun sebab dah bercuti bulan Disember lepas, jadi Ummi bawa 3 Abdul ni ke Legoland Malaysia Resort je bersama dua orang BFF diorang hehehe.
LEGOLAND Malaysia Resort Lunar New Year
Sempena Tahun Baru Cina (Lunar New Year) ni, Legoland bakal mengadakan pelbagai aktiviti untuk para pengunjung yang ke Legoland Theme Park, Legoland Waterpark mahupun Sealife bermula 16 Januari hingga 23 Februari 2025. Korang mesti enjoy punya. Jom tengok apa aktiviti menarik yang kami sertai.

Aktiviti Menarik Sepanjang Lunar New Year
Bina World’s Longest LEGO Snake


Sertai ribuan pengunjung untuk mencipta LEGO Snake sepanjang 338 meter, menggunakan lebih daripada 1 juta lego bricks dan jadi sebahagian daripada pengunjung yang membantu mencipta rekod dunia baru. The Ilham did it!






Yeay! Syahid dan abang-abang berjaya menyiapkan bongkah lego 14 layers untuk mencipta LEGO Snake bersama Mr. CS Lim dan juga Mr. Zariq, Malaysia’s Master Model Builder. Lepas siap boleh redeem “gold coin” Legoland.
Live Performances


Saksikan Daily shows feature the Lunar New Year Opening Show, Beats of Celebration, Farewell Show dan juga special weekend highlights seperti Dragon Dance dan Face Changing performances.
Ninja Adventures

Jangan lupa ke LEGO® NINJAGO® World untuk mereka bentuk Mata Ninja korang sendiri dan berlatih dengan Master Wu di Ninja Workshop. Gambar di atas Ninjago terlupa pakai costume hahahaha.
Jom ke LEGOLAND Malaysia Resort Sempena Lunar New Year
Chinese Calligraphy Class



Chinese Calligraphy classes, kalau Babah ada memang Babah la tukang teman budak kecil sorang ni. Kali ni Ummi kena la teman dia kan. Sipa je dia gigih nak menampak di wall yang disediakan.
12-Zodiac Scavenger Hunt di MINILAND

Jangan lupa sertai 12-Zodiac scavenger hunt di MINILAND. Gigih tau abang-abang tu pergi ronda MINILAND hunting for 12-Zodiac ni hehehe.
Oriental Photo Studio

Abadikan gambar kenangan korang ni Oriental Photo Studio menggunakan kamera 360. Model Ummi hanya posing di luar studio je ya hahaha.
Menangi “Prosperity Prizes”
Spend RM188 or more during Gala Week (29th January to 2nd February) for a chance to win incredible prizes in the Fortune Lucky Draw.
Baca juga: Join in on the Record-Breaking Adventure to Build The World’s Longest LEGO Snake!
Makan-makan di Pizza Mania Restaurant, Legoland Theme Park


Sebelum balik kami sempat makan-makan berjemaah di Pizza Mania Restaurant. Ini je gambar jemaah yang ada, gambar makanan semua lupa snap hahaha. Memasing kebizian hehehe. Tiga Abdul tu memang suka singgah makan pizza kat sini. Lagi yang buat diorang suka sebab ada seorang staff kat sini yang baik hati dan rajin melayan diorang ni. Kalau tak makan kat sini pun, diorang akan minta kebenaran Ummi nak singgah nak jumpa abang pizza ni. Kalau korang ke sini carilah staff bernama Aniq, baik orangnya, ramah tamah, kelakar dan rajin membantu customer. Semoga panjang lagi rezeki beiau di Legoland. Ok jangan lupa datang Legoland Malaysia Resort ya!
Waktu Operasi LEGOLAND® Malaysia Park
Park / Attraction | Park Hours |
Theme Park | 10.00 am – 6:00 pm |
SEA LIFE Malaysia | 10.00 am – 6.00 pm |
*Last entry one hour before closing time.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Nostalgia Raya di LEGOLAND Malaysia Resort, layari laman web rasmi di Legoland homepage, Facebook & Instagram.