Majestic Johor Festival 2024 | Majestic Johor Festival 2024 anjuran kali ketiga (3) oleh kerajaan negeri melalui Tourism Johor dengan kerjasama serta sokongan pelbagai agensi bakal membuka tirai di Puteri Harbour, Iskandar Puteri bermula pada 28 Ogos hingga 1 September ini.

Majestic Johor Festival ‘Gold Award Attractive State Tourism Event’
Festival yang berlangsung selama lima (5) hari dijadikan sebagai acara tahunan di dalam kalendar pelancongan negeri Johor merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam menyemarakkan sektor pelancongan dengan pelbagai pengisian acara menarik diatur serta platform yang menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi tempatan melalui impak aktiviti rantaian daripada sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan.
Majestic Johor Festival ini telah menerima penghormatan daripada industri pelancongan Malaysia apabila menerima anugerah ‘Gold Award Attractive State Tourism Event’.
Aktiviti Kemuncak MJF 2024
Antara pengisian yang bakal menjadi tarikan utama adalah pameran eksklusif kereta klasik Diraja serta acara berprestij iaitu Perarakan Majestic Johor Festival yang akan menyaksikan perarakan kebudayaan, persembahan kesenian etnik Budaya Johor serta pancaragam pada 1 September 2024 dan juga Pertunjukan Bunga Api & Malam Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2024. Bagi menambah kemeriahan dan keseronokan festival ini, Majestic Johor Festival yang bakal menampilkan perarakan penuh warna warni dari 26 kumpulan-kumpulan kebudayaan dan kesenian serta pancaragam dari pelbagai sekolah.
Para pengunjung turut dibawakan turut ditawarkan promosi dan diskaun pakej pelancongan pelbagai produk serta destinasi pelancongan seperti resort, hotel, taman tema dan pulau selain diberikan juga cenderahati secara percuma di booth Tourism Johor mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Aktiviti Menarik di Majestic Johor Festival 2024
Majestic Johor Festival 2024 akan merangkumi pelbagai elemen seperti :-
- Pameran Kereta Klasik Diraja Johor
- Sambutan Kemerdekaan & Kebudayaan
- Perarakan Merdeka yang akan disertai oleh 26 kumpulan
- Pertunjukan Bunga Api selama 2 malam iaitu pada malam ambang dan malam penutup
- Persembahan pentas oleh artis seperti:
• 28 Ogos 2024 – Irfan & The Barista, Cherpen Band & 6ixthsense Band
• 29 Ogos 2024 – Malam Johor Berselawat
• 30 Ogos 2024 – Persembahan Kebudayaan, Kudein Rafee, Imran Ajmain & Aepul Roza
• 31 Ogos 2024 – Dinamik band, Sofazr Band & Noh Hujan - Kami juga menyediakan Pesta Makanan, minuman dan barangan kering yang disertai seramai 98 vendor dari tempatan. Kami juga bekerjasama dengan pihak kedutaan Indonesia bagi membawa pilihan makanan dari Indonesia untuk memperluaskan dan menyajikan kepelbagaian menu makanan.
- Aktiviti Majestic “Fun Run” juga merupakan antara tarikan utama bagi acara tahun ini.
• Larian ini akan diadakan pada 31 Ogos 2024 dan menjangkakan seramai lebih 1000 peserta yang akan menyertai acara larian ini.
• Selain daripada itu, kami juga mendapatkan kerjasama pihak Decathlon untuk menyediakan tempat untuk kutipan kit larian dan juga pihak Anytime Fitness Johor untuk menguruskan aturcara pagi seperti Pemanasan Badan, Zumba dan Body Combat.
Pengisian Program Perarakan MJF 2024
Pengisian program Perarakan Majestic Johor Festival 2024 :-
• JOH Johor (Maskot)
• Pancaragam daripada sekolah sekolah Negeri Johor
• Beg Pipe dan 5 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja)
• Persembahan Barongan oleh Persatuan Parit Bugis Jawa
• Persatuan Kenderaan Bermotor (Beca, Bas Persiaran Hummer)
• Kompang, Gendang Cina, dan India
• Gendang Bangsa Johor, Tarian Singa dan Naga oleh Persatuan Kebudayaan Long Tian
• Kumpulan The Lipatist Johor Bahru
• Persembahan oleh Yayasan Warisan Johor
• Pancaragam oleh KD Sultan Ismail
• Kumpulan Kompang Paklong KDSM
• Persatuan Basikal Klasik Selat Tebrau
Pihak Yang Bekerjasam Dengan MJF 2024
Majestic Johor Festival 2024 juga telah mendapat kerjasama dari pihak :-
• UEM Group selaku penaja lokasi Majestic Johor Festival 2024
• Grab selaku rakan e-hailing rasmi
• Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)
• Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
• Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Penaja korporat Majestic Johor Festival 2024
Penaja korporat Majestic Johor Festival 2024:
• New Chen Motor Credit Sdn Bhd
• Hard Rock Cafe Puteri Harbour
• F&N Beverages Marketing Sdn Bhd
• Kluang Rail Coffee
• Coolblog Dessert Sdn Bhd
• Austin Heights Sdn Bhd
• Anytime Fitness Johor
• Fipper Marketing Sdn Bhd
• Fraser Place Puteri Harbour
• The Founders
• Decathlon Malaysia Sdn Bhd
• Snek Ku Sdn Bhd
• Common Sense
• Inside Scoop Sdn Bhd
• LC Merchandising Sdn Bhd
Jom Ramai-ramai ke Majestic Johor Festival 2024
Bagi memastikan serta melancarkan perjalanan lalulintas di sepanjang festival ini berlangsung, pihak penganjur dengan kerjasama Perbadanan Awam Johor (PAJ) ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas percuma “free shuttle service” terus ke tapak festival di mana pengunjung Amat digalakkan meletak kenderaan mereka di tapak parkir yang disediakan seperti di perkarangan masjid dan sekitar bangunan Kerajaan di Kota Iskandar.
Penganjuran festival pada kali ini dijangka menarik lebih 600,000 pengunjung dari dalam dan luar negara yang menyumbang janaan ekonomi tempatan dan seterusnya mewujudkan rangkaian lawatan pada masa akan datang dan sekaligus melonjakkan lagi jumlah kehadiran pengunjung ke negeri Johor.
Seterusnya penganjuran Majestic Johor Festival 2024 ini dilihat sebagai inisiatif ke arah mempergiatkan acara-acara pelancongan domestik dan antarabangsa yang mempunyai nilai tambah memperlihatkan negeri Johor menjadi pilihan destinasi pelancongan utama di persada antarabangsa selain sebagai inisiatif pra persediaan awal mempromosi dan publisiti Tahun Melawat Johor 2026.
Nantikan update terkini di social media Tourism Johor & herneenazir.com