Beraya Rumah Sis Lin Makan Laksa Sarawak | Cerita minggu lepas, selepas menghadiri jemputan Jamuan Hari Raya Lembaga PElabuhan Johor (LPJ) di Pasir Gudang, Ummi sempat ajak officemate beraya ke rumah geng JDT Blogger Sis Lin. Thanks Kak Ain dan Capt. Najlaa melayan Ummi beraya hehehe.
Beraya Rumah JDT Blogger Sis Lin
Thanks Sis Lin sudi menerima tetamu. Awal-aal memang Ummi dah tanya sesiap geng-geng Pasir Gudang kot-kot ada yang free boleh singgah beraya hehehe. Tapi masa tu macam task berani nak bagi exact time untuk sampai sebab lepas beraya di LPJ diorang ajak singgah rumah boss. Lepas dari beraya rumah boss baru kami berdezup ke rumah Sis Lin.
Menjamu Selera Laksa Sarawak
Alhamdulillah tuan rumah jamu kami dengan Laksa Sarawak yang sedap. Bukan saja Laksa Sarawak, ada juga Homemade Magelek atau Vadai. Rajin betul tuan rumah ni kan hehehe. Semua menu sedap belaka tambahan sempat dia buat cendol dan jamu kami dengan aiskrim durian hehehe.
Ada JDT Blogger sorang lagi tau yang beraya, siapa lagi kalau bukan Siti Rohaida geng-geng orang Pasir Gudang gak. Alhamdulillah rezeki jumpa kekawan blogger, kalau tak jumpa raya ni jumpa next event je la jawabnya. Almaklumlah Ummi Ilham ni ikut kesempatan masa je nak join event ni hehehe.
Lepas makan, borak-borak sekejap then berdezuplah kami balik. Lambat-lambat nanti jalan jem ecehhh. Thanks again tuan rumah, Sis Lin.
Ada berbaki lagi 5 hari raya, sesiapa yang nak datang ke rumah Ummi sila roger2 ya. Tahun Ummi Babah tak berkesempatan nak ajak kekawan makan-makan raya kat rumah. Insha Allah next year kita buat kalau panjang umur ya.
Korang nak cuba masak Laksa Sarawak, boleh rujuk posting Ummi yang lepas >> Pertama Kali Masak Laksa Sarawak.
Woww.. ada homemade cendol.. sedap tuu.. Rezeki lerr ye.. Semoga dilimpahkan rezeki buat sis Lin..Aamin..
Kak.. Lupa la.. haritu ada niat nak datang rumah beraya tapi tak tercakap. hahahaa