Nostalgia Raya di LEGOLAND® Malaysia Resort

Hari Raya Aidilfitri

Nostalgia Raya di LEGOLAND® Malaysia Resort | Minggu lepas Ummi sempat bawa The Ilham dan sepupu mereka Saqeef ke Legoland Theme Park & Sea Life Malaysia. Saja nak bagi diorang bersuka ria di Legoland sambil ada vibes raya.

Musim raya kali ini, LEGOLAND® Malaysia Resort menjemput korang semua untuk ‘Bermain Tanpa Henti’ (Play Unstoppable) sambil menikmati kenangan manis kehidupan di kampung! Bermula dari 4 April hingga 12 Mei 2024, The Beginning Area akan berubah rupa denga dekorasi raya gaya orang Malaysia.

Aktiviti Menarik di LEGOLAND® Malaysia Resort

Tayangan Perdana Filem 4D LEGO® Friends 4D Movie Pertama Di Dunia di LEGOLAND Malaysia

  • Jadilah antara yang pertama menonton tayangan perdana filem 4D “Alien Invasion” yang lucu dan penuh aksi dalam 4D! Macam biasa anak-anak happy je.

Play Unstoppable: Creative Challenges and Photo Ops

  • Sertai kempen global LEGO melalui Creative Play Challenges.

Nostalgia Raya di Legoland Malaysia Resort

  • Berpakaian Hari Raya di Teratak Bonda dan berposing sakan di beca dengan hiasan warna-warni yang disediakan.
  • Peluang memperkenalkan kepada anak-anak dan mencuba pelbagai permainan kampung klasik dan tradisional seperti congkak, carom, dam, batu seremban, bermain cap teh dan banyak lagi di Anjung Seri. Nasib Ummi dah ajar diorang main congkak, jadi tak lah kekok hehehe.
  • Korang juga boleh take part dalam Amazing Raya Hunt, dimana korang perlu mencari ketupat tersembunyi di MINILAND Amazing Malaysia dan Kampung Cluster.
  • Ada juga aktiviti mencari ketupat tersembunyi ni di Sea Life Malaysia.
  • Korang juga berpeluang membina LEGO Raya Lantern menganyam ketupat dan mencanting batik.

Pertunjukan Muzikal

  • Persembahan tarian yang meriah dan pertunjukan muzikal “Joget Uda & Dara” yang memukau!

Nostalgia Raya di LEGOLAND® Malaysia Resort

Waktu Operasi LEGOLAND® Malaysia Park

Park / AttractionPark Hours
Theme Park10.00 am – 6:00 pm 
SEA LIFE Malaysia10.00 am – 6.00 pm

*Last entry one hour before closing time.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Nostalgia Raya di LEGOLAND Malaysia Resort, layari laman web rasmi di https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/aidifitri-legoland/ atau halaman media sosial LEGOLAND Malaysia di Facebook dan Instagram.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!