Buffet Ramadan 2024 – Merentasi Tradisi Sajian Dulu & Kini di Doubletree By Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadan 2024 – Merentasi Tradisi Sajian Dulu & Kini di Doubletree By Hilton Johor Bahru | Menu berbuka puasa di Doubletree by Hilton Johor Bahru ni, antara menu yang dinanti-nantikan tau. mana taknya, kebiasaan menu kat sini memang gempak-gempak.

Menu Buffet Ramadan Doubletree by Hilton Johor Bahru

Highlighted menu sepanjang Ramadan di Doubletree antaranya Gulai Ayam Berkentang Tok Wan, Kepala Ikan Jenahak Masak Asam Pedas Sri Mersing, Gulai Ikan Masin Bersama Pisang Muda, Gulai Tunjang Padang Asli Takano Juo, Asam Pedas Tetel Laksamana & Terung Telunjuk, Gulai Nangka Muda bersama Udang, Kambing Golek, Seafood Barbeque, Aneka Sup, Aneka Kerabu, air, dessert & buah-buahan dan banyak lagi.

Ummi suka betul yang gulai kawah tu semua especially gulai tunjang (urat). Memang sedap ui. Tercabar Ummi nampak urat tu timbul-timbul dalam kuali hehehe. Ummi memang peminat urat lembu. Udang masak lemak dengan belimbing pun sedap. Kambing golek sedap, sup sedap seafood barbeque pun sedap.

Kali ni takde durian goreng tapi ada cempedak goreng yang sedap.. ehhh banyak la sedap hehehe. Dessert pun banyak especially kuih muih tradisional Melayu.

Oh ya, kat sini ada durian tau, korang makan la puas-puas sampai jemu hehe. Tengoklah tu Abang Ilham syok dia makan durian berulang kali. Siap join kenalan baru abang-abang Tiktokers makan durian.

Korang cubalah sendiri!

Buffet Ramadan Doubletree by Hilton Johor Bahru

Harga Buffet Ramadan di Doubletree by Hilton Johor Bahru

Makan Kitchen

Tarikh: 13 Mac – 6 April 2024
Masa: 6.30pm – 10pm

Harga Buffet Ramadan Doubletree by Hilton Johor Bahru (Makan Kitchen)

RM228 (Dewasa)
RM128 (Kanak-kanak 6 -12 tahun)

Banquet Dinner Buffet

Tarikh: 13 Mac – 6 April 2024
Masa: 6.30pm – 10pm

Harga Buffet Ramadan Doubletree by Hilton Johor Bahru (Banquet Dinner Buffet)

RM228 (Dewasa)

RM128 (Kanak-kanak 6 -12 tahun)

Buffet Ramadan 2024 – Merentasi Tradisi Sajian Dulu & Kini di Doubletree By Hilton Johor Bahru

Promosi “Early Bird”

Beli 6, PERCUMA 1 tempahan dari 12 February – 12 Mac 2024 melalui e-Shop.

— Surau disediakan di Level 11

Untuk tempahan, sila hubungi:

Telefon:+607 268 6868

Tempahan: https://bit.ly/MerentasiTradisi-DTJohorBahru

Senarai Buffet Ramadan 2024 di Johor Bahru

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!