Buffet Ramadan 2024 – Nostalgia Rasa Renaissance Iftar Buffet

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadan 2024 – Nostalgia Rasa Renaissance Iftar Buffet | Antara Buffet Ramadan yang dinanti-natikan setiap tahun hehehe. Alhamdulillah sempat mencuba menu-menu Iftar Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel Jumaat lepas bersama Babah Ilham.

Istimewa Air Tangan Sheila Rusly Sepanjang Ramadan

Buffet Ramadan Renaissance Johor Bahru Hotel

Istimewa kali ini, Renaissance Johor Bahru Hotel menampilkan selebriti terkenal Sheila Rusly dengan menu istimewa dari air tangan beliau sendiri iaitu “Cucur Jagung”. Sedap tau cucur jagungnya. Memang tak jemu makan hehehe. Berkali-kali Ummi repeat. Nak rasa cucur jagung Sheila Rusly, sila book cepat!

Nantikan kemunculan Sheila Rusly pada hari Jumaat (15 & 29 Mac 2024) dan Sabtu (16 & 30 Mac 2024).

Buffet Ramadan Renaissance Johor Bahru Hotel

Pelbagai juadah lazat yang bakal disajikan sepanjang Ramadan kali ini. Antara menu utama Nasi Kerabu Ayam Percik Pantai Timur, Udang Masak Lemak Nenas, Aneka Kerabu & Ulam-ulaman, Baked Giant Fish Tiga Rasa, Asam Pedas Berempah, Ayam Percik Serai Wangi, Ketupat Nasi, Ketupat Palas, Lemang bersama Seruding Daging/ Ayam/ Ikan, Middle East Cuisine & Dessert, Aneka Kuih Muih Tradisional & Moden serta banyak lagi. Serawa Durian sedap betul! Tidak dilupakan Indian & Chinese Cuisine. Sup gearbox pun sedap! Korang kena cuba.

Aneka kuih muih Melayu tradisional dan moden serta middle east dessert ada di sini tau.

Aneka kerabu dan juga seafood on ice kegemaran Ummi Ilham. Sushi & raw salmon je tak nampak bayang. Kalau tak dah selamat masuk mulut Ummi.

Pencuci mulut ni paling sedap dan favourite Ummi hehehe. Serawa durian nampak je comel tapi sedap amat! Rasa serawanya tu memang pekat likat.

Nostalgia Rasa Renaissance Iftar Buffet

Tarikh: 12 Mac 2024 – 9 April 2024
Masa: 6:30pm to 10:00pm
Tempat: Renaissance Johor Bahru Hotel

Harga Buffet Ramadan Renaissance Johor Bahru Hotel

Harga Biasa

Dewasa – RM198 nett
Kanak-kanak RM99 nett (6 -12 tahun)

Promosi “Early Bird”

Pembelian dari 1 February 2024 – 29 February 2024
Dapatkan dua (2) baucar percuma untuk setiap pembelian 10 baucar

Pembelian dari 1 Mac 2024 – 10 Mac 2024
Dapatkan satu (1) baucar percuma untuk setiap pembelian10 baucar

ATAU

Diskaun 15% untuk ahli Club Renaissance Johor Bahru

ATAU

Diskaun 10% untuk pemegang kad Maybank & Standard Chartered Malaysia

Buffet Ramadan 2024 – Nostalgia Rasa Renaissance Iftar Buffet

RENTASTIC Deal

Pembelian dari 1 February 2024 – 25 February 2024

Dapatkan tiga (3) baucar percuma untuk setiap pembelian 10 baucar

Tarikh berbuka puasa dari 12 Mac 2024 hingga 20 Mac 2024

wa.me/60177713327
bit.ly/TableAppCafeBLD
www.cafebld.com/specials

**Surau di Level 3

Kenangan bersama rakan media dari JB & KL.

Ummi datang bersama YB Nazir hahaha. Kelakar pula bila teringat. Alkisahnya, Ummi tinggalkan Babah sorang-sorang kat meja masa Ummi meronda survey makanan, sekali Tricia ni tak pernah jumpa Babah dan dia tak tahu pun Babah ni suami Ummi. Bila dah duduk makan semeja berbual, dia cakap “i ingatkan tadi i duduk satu meja dengan YB, i ingat husband you YB” hahaha. Pecah gelak Ummi. Adoiiiyaiii “kalau dia YB Dato’ Nazir, u kena panggil i Datin Hernee tau” hehehe. Saja gurau-gurau. Kot la rezeki jadi YB ek hehehe. Oklah itu je nak bebel. Jangan lupa book cepat ada diskaun tu!

SENARAI BUFFET RAMADAN 2024 DI JOHOR BAHRU

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!