Penginapan 3 Hari 2 Malam di Hotel Seri Malaysia Mersing

Penginapan 3 Hari 2 Malam di Hotel Seri Malaysia Mersing

Penginapan 3 Hari 2 Malam di Hotel Seri Malaysia Mersing | Pertama kali Ummi booked untuk menginap di Hotel Seri Malaysia Mersing ni melalui website booking.com. Plan asal nak duduk homestay je samada Wafiz’s Residence atau Homestay Hafizah tapi kesudahannya kat sini lah kami bertapa 3 hari 2 malam hehehe. Ummi punya idea tak nak jauh sangat dari MRSM Mersing, jadi kalau terlewat keesokan paginya tak lah jauh sangat nak ke tempat ujian.

Mula-mula sampai tu agak seram sejuk juga tengok suasana kawasan hotel ni hahaha. Maklumlah kami ni ada kisah seram dalam percutian lepas, jadi bila nak check in mana-mana Ummi seriau kalau Syahid nampak yang bukan-bukan. Masa ni doa je lah bebanyak, baca apa yang patut elakkan gangguan.

Info Ringkas Hotel Seri Malaysia Mersing

Hotel Seri Malaysia Mersing terletak hanya 135 kilometer dari Johor Bahru, 185 kilometer dari Singapura, 171 kilometer dari Kuantan dan 438 kilometer dari Kuala Lumpur. Perjalanan ke Mersing pastinya pengalaman yang luar biasa untuk melihat rimba tropika yang hijau, perkampungan Orang Asli dan bandar tradisional. Hotel ini berdekatan dengan jajaran pantai di bahagian timur negeri Johor.

Kemudahan Yang Disediakan

Bilik mandi peribadi, kelengkapan dandanan diri, pancuran mandian, penyaman udara, tandas, tuala, linen, meja kerja, TV, telefon, seterika, saluran satelit, pembuat teh/kopi, TV skrin rata, jam loceng, lantai berkarpet, cerek elektrik, almari, aras atas boleh diakses dengan tangga saja. Tak ada lift ok.

Ummi pilih Family Room with breakfast dengan harga RM195 per night. Ada 1 katil Queen & 1 katil single. Tengok tu tak sempat Ummi nak snap masing-masing dah terbongkang.

Bilik ni agak luas lah ada set kerusi dan meja untuk bersantai dan juga meja kerja. Ummi lupa nak snap bahagian meja kerja dan tv tu. Lantai tu baru ditukar katanya.

Hotel ni memang hotel lama, toiletnya agak dissapointed sikit la rasa hahaha. Tuala macam kuning-kuning, toiletnya tak dibersihkan dengan betul. Need improvement la pada Ummi. Rasanya dah layak untuk di renovate semula memandangkan Mersing salah satu daerah pelancongan di negeri Johor. Mestilah utamakan keselesaan pelanggan ye tak?

Breakfast di Cafe De Tanjung Hotel Seri Malaysia Mersing

Dua hari kami memang breakast kat hotel je. Oleh kerana pakej bilik hanya 2 dewasa dan seorang kanak-kanak, makan kena tambah RM15 untuk harga seorang lagi kanak-kanak. Rezeki Syahid masih free lagi. Antara menu sarapan pagi yang disediakan seperti Nasi Lemak, Mee Hoon Goreng, Mee Goreng, Baked Bean, Roti Bakar dan buah-buahan. Masakannya ok la boleh la dimakan berpadananlah dengan harga penginapan tu.

Mandi-manda di Kolam Renang

Aktiviti wajib kalau dah menginap di hotel, of course la diorang meratib nak mandi kolam kan. Petang lepas balik dari Pantai Air Papan tu kami rehat dulu dalam bilik, lepas Asar baru masing-masing terjun kolam except Ummi. Malas pula Ummi nak terjun kolam hehehe. Esok paginya sebelum check out sempat lagi terjun kolam.

Tanpa disangka, tanpa diduga terjejak kasihan dengan Yus geng Kelab Susu Ibu Johor Bahru. Ehhh banyak geng dengan Yus ni, geng Selat Tebrau Babywearers, geng painting, geng menulis buku dengan Mak Sri Diah eh macam-macam eh hehehe. Rupanya anak Yus pun ambil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) di MRSM Mersing tapi sesi petang. Mudah-mudahan ada rezeki Ilham dan Hasif dapat sambung sekolah menengah di MRSM.

Tempat-tempat Menarik Sekitar Hotel Seri Malaysia Mersing

Antara tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia Mersing:

  • Pulau Tioman
  • Pantai Air Papan
  • Kelong Stakes Untuk Aktiviti Memancing
  • Menunggang kuda
  • Jalan-jalan Cari Makan – Asam Pedas 4 Bulan Ustaz Tido, Brother Joe Ikan Bakar & Seafood, Warung Senin, Kedai Selera Ucu Kita, Perusahaan Keropok Haji Puteh dan banyak lagi.

Kadar Bilik

Harga boleh berubah mengikut perbezaan tarikh:

  • Standard Twin with Breakfast – RM 150
  • Standard Queen with Breakfast RM 150
  • Family Room with Breakfast RM 180

Lokasi Hotel Seri Malaysia Mersing

Alamat: Jln Ismail, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor.

Telefon: 07-799 1876

Website: https://www.serimalaysia.com.my/

Rangkaian Hotel Seri Malaysia (HSM) Seluruh Negara

  • HSM Taiping
  • HSM Ipoh
  • HSM Kangar
  • HSM Alor Setar
  • HSM Sungai Petani
  • HSM Kulim
  • HSM Pulau Pinang
  • HSM Kepala Batas
  • HSM Temerloh
  • HSM Kuantan
  • HSM Rompin
  • HSM Genting Highlands
  • HSM Kuala Terengganu
  • HSM Bagan Lalang
  • HSM Seremban
  • HSM Port Dickson
  • HSM Melaka
  • HSM Mersing
  • HSM Johor Bahru
  • HSM Lawas

Kalau korang ke Mersing boleh la rujuk serba sedikit menambah idea untuk meronda dan jalan-jalan cari makan di Mersing dengan membaca Aktiviti Sepanjang 3 Hari 2 Malam di Mersing. Kami check out dari Hotel Seri Malaysia Mersing dalam jam 12 tengahari dan meneruskan misi seterusnya. Stay tuned for more update ya!

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *