Aktiviti Sepanjang 3 Hari 2 Malam di Mersing

Travelog

Aktiviti Sepanjang 3 Hari 2 Malam di Mersing | Alhamdulillah kami dah selamat pulang ke rumah setelah berkampung 3 hari 2 malam di Mersing, Johor. Sebenarnya ini bukanlah percutian yang dirancang. Semuanya kerana rezeki Abang Ilham dapat menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) di MRSM Mersing. Jadi Ummi Babah terus menambah cuti sehari lagi. Kata orang dah alang-alang sampai Mersing ni kan marilah kita menikmati keindahan pantai Mersing sambil Jalan-jalan Cari Makan Mersing.

Aktiviti Sepanjang 3 Hari 2 Malam di Mersing

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Mersing

Day 1

Lunch di Restoran Tomyam SS Kota Tinggi

Kami bertolak selepas anak-anak balik dari sekolah kebangsaaan. Dua-dua abang ni ponteng sekolah agama hehehe. Bergerak dari rumah dalam jam 2pm lebih la gitu singgah late lunch di Restoran SS Tomyam Kota Tinggi. Actually ni kali kedua kami makan kat sini. Oleh kerana kali pertama masa Family Day Volkswagen Passat B7 tu singgah makan kat sini dan rasa sedap, maka kali ni kami repeat lagi. Alhamdulillah masih sedap macam sebelum ni. Nanti Ummi buat entri berasingan. Yang penting keropok lekor tu sedap betul hahaha.

Alamat: 51, Jalan Baiduri, Taman Daiman Jaya, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Perniagaan: 1.00 petang – 12.00 pagi (Dibuka setiap hari)

Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Mersing.

Check-in Hotel Seri Malaysia Mersing

Alhamdulillah sampai Hotel Seri Malaysia Mersing lebih kurang jam 6.30pm. Pertama kali stay kat sini, ikut plan Ummi nak stay kat Wafi’z Residence, tapi tak jadi.. ni semua Yap puya pasal hahaha. Ummi plan nak stay di lokasi yang tak berapa jauh dari MRSM Mersing. Ummi booked Family Room with breakfast through booking.com dapatlah harga RM195 per night. Kami stay 3 hari 2 malam. Kalau nak ke MRSM Mersing lebih kurang 10 minit sahaja. Details pengalaman menginap di Hotel Seri Malaysia Mersing next entry.

Alamat: Jln Ismail, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor.

Dinner di Brother Joe Ikan Bakar & Seafood

Lepas check-in berehat sebentar, lepas maghrib kami meronda cari tempat makan. Jumpa banyak kedai tapi buntu kejap nak makan kat mana, nak singgah Warung Tepi Kubur Kampung Makam tapi ramai pula orang. Tajuk kedainya macam seram hahaha. Pusing punya pusing akhirnya kami dinner di Brother Joe Ikan Bakar & Seafood. Ini pun kali kedua makan kat sini. Kali ni kami makan ikan siakap bakar. Makan simple-simple je tak ada idea nak makan apa sebenarnya hehehe. Reviewnya nanti lah ya.

Alamat: Jalan Makam, Kampung Mersing Kanan, 86800 Mersing, Johor

Waktu Perniagaan: 2.30 petang – 12.30 pagi (Dibuka setiap hari)

Day 2

Breakfast di Cafe De Tanjung Hotel Seri Malaysia Mersing

Sebelum hantar Abang Ilham ke MRSM Mersing, kami bersarapan dulu di Cafe De Tanjung. Antara menu sarapan pagi yang disediakan seperti Nasi Lemak, Mee Hoon Goreng, Mee Goreng, Baked Beans dan lain-lain lagi. Rasanya boleh la buat-buat kenyang hehehe.

Hantar Abang Ilham ke MRSM Mersing

Dalm jam 7.25am kami dah sampai di MRSM Mersing. Ngam-ngam setengah jam sebelumm waktu pendaftaran bermula jam 7.55am. Lepas hantar Abang Ilham kami balik semula ke hotel sementara menunggu beliau habis menjawab exam. Alhamdulillah dalam jam 10, Abang Ilham dah call Babah suruh ambil dia.

Brunch di Kedai Ucu Selera Kita

Oleh kerana Abang Ilham hanya sarapan coco crunch je di cafe, maka dia request nak makan kat favourite place kami ni di Kedai Ucu Selera Kita. Babah, Syamil dan Syahid masih kenyang, jadi diorang duduk tepi laut. Ummi je teman dia makan sampai Ummi pun termakan sekali lagi hahaha. Masa kami sampai belum banyak lagi menu kat sini. Kalau biasa memang meriah la kan menu kat sini. Memang rambang mata kalau tengok. Kalau korang ke Mersing, korang mesti cuba menu makan tengahari di Kedai Ucu Selera Kita.

Alamat: 82, Jalan Makam, Kampung Mersing Kanan, 86800 Mersing, Johor.

Waktu Perniagaan: 8.00 pagi – 5.30 petang (Dibuka setiap hari)

Aktiviti Sepanjang 3 Hari 2 Malam di Mersing

Mandi-manda di Pantai Air Papan

Lepas Abang Ilham makan, kami terus menuju ke Air Papan, Mersing. Ummi memang dah siap bekalkan pakaian untuk anak-anak mandi-manda di Pantai Air Papan. Hajat hati nak mandi kat area Pantai Teluk Buih tapi jauh pulak nak ke tandas lepas mandi laut nanti. Nak mandi kat kawasan Dataran Air Papan tanadas awam pun tutup sebab weekdays tak ramai pengunjung. Kami terus menuju ke kawasan berhadapan dengan Al Kauthsar Guest Room memandangkan di situ ada tandas awam untuk memudahkan anak-anak mandi selepas berenang di air laut. Alhamdulillah berjumpa dengan owner yang baik, siap bagi kami jamah ayam BBQ lagi hahaha. Kalau la Ummi tahu ada guest room yang berbaloi kat sini, konfem Ummi stay Hotel Seri Malaysia satu malam je dan sambung kat sini semalam lagi hehehe. Lepas anak-anak dah puas berjemur kami patah balik ke arah bandar Mersing untuk lunch.

Alamat: Al Kauthsar Guest Room.
No. 61, Air Papan, 86800 Mersing, Johor.

Telefon: 011-5172 9249

Lunch di Asam Pedas 4 Bulan Ustaz Tido

Lokasi late lunch kami kali ni ni Asam Pedas 4 Bulan Ustaz Tido. Selama ni tengok live dan video Ustaz Tido kat TikTok dan Facebook je, hari tu dapatlah jumpa orangnya secara live. Ada banyak pilihan ikan segar kat sini tau. Korang pilih la nak masak asam pedas atau ikan bakar. Kami pilih asam pedas ikan merah, bersama set ulam-ulaman dan telur dadar. Air ada pilihan air kopi, teh, sirap dan air kosong. Boleh refill ya, ais pun ada disediakan sila layan diri sendiri. So far asam pedas ni sedap ditekak kami. Sila cuba!

Alamat: Jalan Wok Jumaat, Kg. Seri Lalang Laut, 86800 Mersing, Johor.
(Berhadapan dengan Balai Serbaguna Kg. Seri Lalang Laut)

Google Map: Asam Pedas 4 Bulan Ustaz Tido

Waktu Perniagaan: 12pm – 10pm

Mandi-manda di Kolam Mandi Hotel Seri Malaysia Mersing

Lepas lunch balik semula ke hotel, berehat sekejap sambil Ummi pun terlelap hehehe. Lepas Asar memasing dah tak senang duduk, asyik menjengah keluar nak mandi kolam pulak. Maka bergegaslah emak mereka bawa mereka turun ke bawah, kasi can la bapak mereka berehat sekejap. Sebelum maghrib dah settled naik ke bilik semula.

Dinner di Warung Senin

Lepas maghrib kami keluar JJCM untuk malam terakhir. Masih lagi kebuntuan hahaha akhirnya singgah makan di Warung Senin sebab nampak ada jual sate. Sekali sate pun dah nak habis daaaa, penjual tu kata kalau ada dia bagi. Bila Babah suruh Abang Ilham follow up tanya, makan akhirnya ada la rezeki kami makan sate ayam 10 cucuk. Ternyata satenya sedap no wonder lah cepat habis. Makanan kat sini biasa-biasa je, orang memang ramai. Ummi tak pastilah ni nama kedainya atau bukan hahaha sebab kami memang duduk kat kawasan Warung Senin, tapi bila search warung ni ada breakfast sedap. Tak apalah next time datang kita tengok betul-betul hehehe. Lepas makan balik hotel berehat.

Alamat: Kampung Seri Lalang, 86800 Mersing, Johor.

Day 3

Breakfast di Hotel Seri Malaysia & Sambung Mandi-manda di Swimming Pool

Pagi tu breakfast untuk kali kedua di Hotel Seri Malaysia Mersing. Lepas makan, anak-anak dah berzikir nak mandi kat swimming pool lagi. Jadi Babah la yang meneman diorang sementara Ummi berkemas dan menggosok pakaian nak bersiap check out dan meneruskan misi seterusnya. Kami check out jam 12pm.

Solat Jumaat di Masjid Sultan Iskandar Mersing

Sebelum meneruskan misi JJCM, Babah dan abang-abang sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Iskandar Mersing. Masya Allah cantik masjidnya atas bukit. Dari atas bukit ni nampak view perairan Mersing yang mendamaikan. Sementara menanti diorang solat, Ummi dan Syahid tunggu dalam kereta di bahagian parking sampai Syahid ketiduran hehehe. Selepas Solat Jumaat kami terus menuju ke Tanjung Penyabong.

Alamat: Jalan Masjid 86800 Mersing, Johor.

Lunch di Ikan Celup Tepung (ICT) Tanjung Penyabong

Akhirnya, lebih kurang 30 minit dari Bandar Mersing sampai juga kami di Tanjung Penyabong. Sementara nak menahan lapar tu, kami singgah beli keropok lekor buat alas perut sebab misi utama nak makan ICT tu. Sebelum ni ke sini memang tak pernah cuba lagi ICT kat sini. Alhamdulillah berbaloilah sedapnya hehehe. Syok makan Nasi Lemak Janda bersama ikan, udang, ketam celup tepung panas-panas. Nanti Ummi share lebih detail ya. Boleh tengok VTT Tanjung Penyabong Mersing

Alamat: Kampung Penyabong Pantai, 86900 Endau, Johor

Jalan-jalan Ambil Angin di Sekitar Tanjung Penyabong

Lepas kenyang makan ICT, kami ambil angin di sekitar kawasan Tanjong Penyabong. Jalan kaki ke jeti sambil tengok pengunjung-pengunjung yang baru sampai dari meronda ke pulau-pulau di Mersing. Tetiba fefeeling Hometown Cha-Cha-Cha pula nampak bot-bot tepi jeti hahaha. Ummi dah cakap kat Babah, next trip kita ronda pulau. Last time ke Pulau Tioman masa mengandungkan Syakir dulu 2013, dah 10 tahun berlalu. Jadi marilah kita menabung jalan-jalan pulau.

Lepas dah ronda sekitar Tanjung Penyabong, kami menuju ke Pantai Pasir Lanun tapi ada jalan yang ditutup sementara jadi kami patah balik. Babah malas nak redah jalan lagi satu, sebab pernah hari tu lalu jalannya tak berapa elok. Jadi kami teruslah menuju jalan balik. Ehhh sempat juga singgah pusing-pusing di sekitar kawasan Telok Gorek tapi tak turunlah. Then kami teruslah pulang ke pangkal jalan hehehe. Alhamdulillah, percutian singkat tanpa diduga dapat recharge energy Ummi, Babah dan anak-anak. Till then, kita sambung next entry ya. Thanks for reading!

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Aktiviti Sepanjang 3 Hari 2 Malam di Mersing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!