Jalan-jalan di Taman Buaya & Rekreasi Melaka | Cuti sekolah kali ni, Ummi bawa anak-anak jalan-jalan ke Zoo Melaka dan juga Taman Buaya & Rekreasi Melaka (Melaka Crocodile & Recreational Park). Sebenarnya plan asal bukanlah nak ke Melaka. Kebetulan Babah ada training dua hari di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak jadi kami menyelit datang hari kedua. Kami stay di Muzaffar Hotel, Ayer Keroh Melaka. Plan sebenarnya kami nak ke GEO Resort & Hotel Genting Highlands, jadi menyinggah la dua hari satu malam di Ayer Keroh. Dah sampai sini rugi la tak ronda-ronda kan.
Sebenarnya ini kali pertama Ummi ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka ni walaupun lima tahun Ummi study di UiTM Lendu, Alor Gajah tapi sekali pun tak pernah datang sini tau. Jadi ni rezeki anak-anak la Ummi larat nak melayan diorang panas-panas kat sini hehehe.
Yang bestnya kat sini bukan sekadar ada buaya je, ada juga spesies reptilia lain seperti ular, kura-kura, penyu dan terrapin dan spesies haiwan seperti burung dan mamalia.
Info Taman Buaya & Rekreasi Melaka
Taman Buaya & Rekreasi Melaka adalah sebuah taman buaya dan zoo yang dikendalikan secara persendirian di kawasan Ayer Keroh, Melaka. Ditubuhkan pada Julai 1987, ia merupakan ladang buaya terbesar di Malaysia, yang dibangunkan di kawasan tanah seluas 3.5 hektar. Terletak berhampiran tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Melaka seperti Zoo Melaka, Taman Botanikal Melaka, Muzium Orang Asli, Taman Botanikal dan banyak lagi.
Update terkini di Facebook Taman Buaya & Rekreasi Melaka
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.
Harga Tiket Masuk Taman Buaya & Rekreasi Melaka
KATEGORI | DEWASA | KANAK-KANAK (5 – 12 tahun) | WARGA EMAS (5 Tahun ke atas) | |
Hari Biasa (Isnin – Jumaat) | My-Kad Non-Malaysian | RM16 RM30 | RM11 RM25 | RM9 RM25 |
Hujung Minggu (Cuti Umum/ Cuti Sekolah) | My-Kad Non-Malaysian | RM19 RM30 | RM14 RM25 | RM11 RM25 |
Diskaun 50% untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
Korang juga boleh membeli tiket secara online.
Kemudahan Yang Terdapat di Taman Buaya & Rekreasi Melaka
- Tandas
- Bilik Persalinan
- Surau
- Restoran
- Akses kerusi roda
Aktiviti Menarik Di Taman Buaya & Rekreasi Melaka
Taman Buaya
Terdapat 9 kolam yang menempatkan lebih kurang 100 spesis buaya seperti Buaya Tembaga, Buaya Siam, Buaya Jenjulung, American Alligator dan lain-lain lagi. Banyak informasi yang korang boleh baca mengenai spesis-spesis buaya ni. Masa kami datang tu, cuaca panas sangat, buaya-buaya pun masing-masing bersantai je.
Buaya ni glamour tau, nama dia Jamil hahaha. Pemilik akaun TikTok BangBuya one of the crew kat sini selalu buat live di TikTok tunjuk si Abang Jamil ni hehehe. Ada yang part Jamil merajuk la apa la hehehe. Jamil…Jamil…ku sangka dua rupanya tiga!
Mini Zoo & Dear Sanctuary
Ada juga mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan yang lebih jinak seperti arnab, rusa burung dan racoon. Anak-anak juga boleh memberi makan kepada haiwan lain seperti arnab, kambing dan lain-lain lagi.
Pulau Kura-kura
Ada banyak juga kura-kura kat sini tau. Khusyuk memasing bagi kura-kura makan.
Rumah Reptilia
Taman Buaya & Rekreasi Melaka ini juga menempatkan beberapa jenis haiwan reptilia. Terdapat spesis ular yang boleh anda saksikan seperti ular sawa batik dan banyak lagi. Korang juga boleh menyaksikan pertunjukan dan persembahan ular pada masa yang ditetapkan.
Lovebird Paradise
Lanskap dalam kawasan Lovebird Paradise memang cantik sangat. Dalam tu ada bermacam jenis ayam, burung, itik dan lain-lain lagi. Kemain teruja bujang-bujang Ummi tu tau.
Taman Permainan Air
Terdapat taman permainan air (water park) seluas lebih kurang 6,000 kaki persegi dengan kemudahan tempat persalinan, kawasan berbumbung lengkap kerusi dan meja untuk pengunjung berehat. Jadi kalau korang ke sini, bolehlah standby siap-siap pakaian mandi anak-anak. Masa ni Ummi memang malas nak layan diorang mandi-manda jadi kami sekadar pusing di kawasan ni je sambil diorang makan hati la tak dapat berendam hehehe.
Malaysia Miniature
Terdapat juga Malaysia Miniature, iaitu bangunan-bangunan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Tugu Negara, Masjid Negara dan lain-lain lagi. Bolehlah korang posing kat sini. The Ilham tak nak psoing kat sini walaupun Ummi dah ajak, sebab panas sangat kata mereka hehehe.
Tempat Menarik Sekitar Taman Buaya & Rekreasi Melaka
- Zoo Melaka
- Muzium Lebah
- Muzium Orang Asli
- Taman Botanikal Melaka
- Taman Rama-rama
- Taman Burung Melaka
- Taman Mini Malaysia
- Taman Mini Asean
- Dataran Sejarah
- Taman Budaya Melaka
- Tasik Ayer Keroh
- Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Lokasi Taman Buaya & Rekreasi Melaka
Alamat: Jalan Tun Abd Razak, Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
(bersebelahan Mc Donalds Ayer Keroh)
Kami enjoy sangat-sangat masuk ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka ni. Walaupun tajuknya taman buaya tapi banyak juga haiwan lain yang boleh kami tengok. Insha Allah kalau ada rezeki ke Melaka boleh la repeat lagi sambil mandi-manda di waterpark tu. Harap lepas ni lebih banyak ruang parkir kereta, sebab macam susah nak parking kat kawasan tu lagi-lagi time cuti umum atau hujung minggu ramai pengunjung yang ke kawasan menarik di Melaka. Sekian cerita jalan-jalan Taman Buaya & Rekreasi Melaka. Nanti kita sambung cerita di Zoo Melaka pula ya.
Cuya hampir saja kerja kat situ…
haritu Cuya kerja di Skytrex, Ayer Keroh. Dalam tu ada aktiviti lasak seperti sky trecking. Kalau anak2 akak suka aktivti lasak, boleh la datang untuk main challenge Little Dino ..dia macam trecking di udara, nanti ada la flying fox, jalan atas tali, bergayut dekat net.
tpi CUya dah tk kerja situ la.. hehe
wahhh menarik tu.. nanti akak ke sana boleh la cuba.. dorang mesti suka
Pernah pergi tapi sekali je.. zaman sekolah rendah.. abah bawak… Nanti nak try la pergi lagi..tengok ada macam macam pembaharuan tu…Menarik..
gi la..waterpark nya kecik je blh la buat2 sejukkan badan hehehe