Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 & 4 Sesi 2024-2025

Education
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 & 4 Sesi 2024-2025

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 & 4 Sesi 2024-2025 | Info bagi ibu-bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 atau Tahun 1 SVM, bolehlah bersedia untuk membuat permohonan online untuk anak-anak masing-masing. Ummi pun insha Allah akan mencuba nasib untuk memohon untuk Abang Ilham. Pertama kali nak memohon semoga urusan Ummi dipermudahkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi 2024/2025.

Pentaksiran adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Tingkatan 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).

Sehubungan dengan itu, PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos – 17 September 2023.

Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023.

Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023.

Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 – 13 Oktober 2023.

Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 – 27 Oktober 2023.

Permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan semakan pusat pentaksiran boleh dilakukan di pautan berikut:

Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/

Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/

Baca juga: Permohonan Kemasukan Murid Darjah 1 & Tadika Agama Johor (TAJ) Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025 Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 & 4 Sesi 2024-2025

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!