Jom ke Majestic Johor Festival 2023 di Puteri Harbour

Foods Review

Jom ke Majestic Johor Festival 2023 di Puteri Harbour | Akhirnya, pada hari kedua festival barulah kami menjejakkan kaki ke Majestic Johor Festival 2023. Abang Ilham la tu, tak sabar sangat nak pergi sebab, hari Rabu kami dah start bercuti ke Melaka dan GEO Resort & Hotel, Genting Highlands. Balik sini 2 September, dia takut Ummi tak sempat nak bawa ke sini memandangkan last day festival 3 September.

Tempat Parkir Awam & Checkpoint Bas

Kali ni kena parking di kawasan Parkir Awam yang disediakan (Zon A – Zon G) lepas parking boleh naik shuttle bas. Tapi kami dapat parking dekat area bangunan Almas. Jalan kaki sambil bakar lemak ke tapak Majestic Johor Festival 2023. Tak boleh parking sesuka hati tepi jalan tau macam tahun lepas. Kalau kantoi nanti kereta korang kena angkut dengan tow truck MBIP yang berkeliaran hehe. Anggota Polis, RELA dan staff Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) ramai yang bertugas. Jalan pula memang banyak ditutup. Jadi korang kena banyak-banyak bersabar nak mencari parking.

Booth Pameran Mengikut Daerah di Negeri Johor

Kalau korang nak tengok pameran mengikut daerah di Negeri Johor ni better datang siang. Banyak juga booth jualan produk-produk artis.

Booth Makanan & Minuman

Makanan dan minuman macam biasa pepaham je la harga festival hahaha. Memang melantun-lantun la mahalnya. Untuk korang yang anak lebih dari 2 orang memang terasa la gak kan. Pandai-pandai la berjimat cermat hehehe. Bekal air masak dari rumah pun ok. Kami ni bekal air masak sekali Abang Ilham lupa bawa keluar dari kereta, nak patah balik jauh. Jadi kesimpulannya beli la air mineral

Kami makan Bakso Beranak, Satar, Laksa Penang, Nasi Ayam Penyet, Char Kuey Teow dan Corndog. Tetiba Ilham dan Syamil menambah raw oyster dan pancake chocolate oreo. Bertuah betul budak berdua ni.

Tapi ada budak kecik siap beli ikan lagi hurmm. Babah belikan dia ikan apa entah 6 ekor. Belum apa-apa esoknya dah dua ekor menemui Sang Pencipta hehehe.

Jom ke Majestic Johor Festival 2023 di Puteri Harbour

Khemah & Meja Makan Untuk Pengunjung

Nak makan pun ada dipasang khemah dan disediakan kerusi dan meja untuk pengunjung menikmati makanan. Kebetulan pusing punya pusing, jumpa la Mak Anjang anak beranak hehe. Sempatlah kami berbual sekejap sebelum Ummi duk layan konsert Kristal X.

Layan Konsert Kristal X

I’m not their fans, but lagu dia still boleh layan la kan. Banyak lagu Kristal ni yang sedap-sedap di halwa telinga. Lan ni pun pandai la layan peminat dia. Sebelum pukul 12am kami bergegas balik. Nak lambat-lambat nanti jalan makin jem, kereta parking jauh tu hehehe. Oklah, baki gambar-gambar boleh tengok kat facebook page Ummi ya.

Lagi Gambar di Facebook Page

Info Terkini Majestic Johor Festival (MJF) 2023

Nantikan info-info menarik mengenai penganjuran Majestic Johor Festival (MJF) 2023 dari semasa ke semasa menerusi laman social Tourism Johor & Majestic Johor Festival.

Loading

Related Posts

One thought on “Jom ke Majestic Johor Festival 2023 di Puteri Harbour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!