Nikmati Menu Middle East Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel | Hujung minggu yang lepas Ummi menghabiskan masa dengan kawan-kawan sambil makan menu Timur Tengah yang sedap di Renaissance Johor Bahru Hotel. Almaklumlah Babah nak ber’me time’ dengan kawan-kawan dia di Tanjung Balai, Karimun selama 3 hari 2 malam. Jadi kesempatan tu Ummi selitkan ‘me time’ Ummi untuk beberapa jam hehehe.
Menu Middle East Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel
Kalau korang suka makan masakan Arab korang kena cuba menu Middle East Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel ni tau. Serious memang sedap. Dari appetizer, main course sehinggalah ke dessert, semuanya sangat sedap. Sampai tak larat nak makan hehehe. Lupa kejap dah masuk Ogos nak diet ekekeke. Promosi ni berlangsung selama tiga bulan ya! Jom tengok apa yang sedap sangat tu.
Weekend Appetizer
Roasted Lamb with Raita Salad, Mediterranean Shrimp Salad, Cucumber & Pomegranate Salad, Roasted Cauliflower with Tahini.
Mediterranean Humus Corner
Hummus, Pumpkin Hummus, Roasted Beetroot Humus, Roasted Red Pepper Hummus, Tex-Mex Hummus, Classic Garlic Hummus.
Korang peminat hummus? Sila pilih mana korang suka.
Lamb Kabsah Rice
Yang bestnya Lamb Kabsah Rice ni, kalau korang makan kosong gitu je pun sedap. Memang cukup rasa.
Signature Baked Fish
Baked Samak Harrah – Spicy Fish- Seabass. Ikan Siakap ni sedap oi. Nampak besar gila kan. Tapi isinya manis. Rempah-rempah tu pula sedap. Ummi makan ikan siakap ni dengan Lamb Kabsah Rice. Ngammm hooo.
Salmon Gravalax
Herbs Salmon Gravalax, Beetroot Salmon Gravalax, Smoked Salmon Gravalax.
Bahagia betul tekak Ummi dapat makan salmon versi masakan Timur Tengah ni. Huwaaaa sedap weh. Tak tipu.
Middle East Dessert
Baklava Asieh, Baklava Awana, Plain Kunafa Cake, Basbosa-Semolina Cake, Umm Ali-Brewad Pudding, Mahalbiyah-Milk Pudding, Keshkul-Almond Pudding, Baklava Baram, Baklava Nest, Warbat Cake with Cream, Cheese Kunafa Cake, Baklava Turkish Pistachio, Balahasham Cookies.
Dessertnya boleh tahan sedap uolls. Ummi ni memang peminat baklava dan kunafa jadi kalau dah ada depan mata dan banyak variasi memang rambang matalah. Umm Ali tu pun sodap.
Nikmati Menu Middle East Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel
Alfresco Action Stall Middle East Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel
Lamb Mandy Stall – Roasted whole lamb with Arabic Spices, mixed vegetable pickled, green olive , slice onion, green chilli and yogurt sauce.
Shawarma Stall – Lamb or Chicken, Labenese Bread, Taboon Bread, Onion, Tomato, Parsley, Sumac, Olive Oil, Shawarma Sauce.
Middle Eastern Mix Grilled – Water Prawn. Sish Tawook Sish Kebab, Kofta, Yougart Garlic Sauce, Ketchup, Tahini Sauce, Barbeque Sauce, Satay (Chicken & Beef)
Area stall ni mostly makananannya sedap-sedap belaka. Kata orang berasa la gitu. Makan Water Prawn, roasted whole lamb tu cicah dengan yougart garlic sauce.. ya ampun sedap. Lagi satu Ummi suka gila shawarma nya. Repeat dua kali hehehe.
Untuk pengetahuan korang, kalau korang nak makan lamb grilled tu semua available on weekend saja ok. Hanya pada hari Jumaat dan Sabtu.
Dah sampai Renaissance Johor Bahru Hotel tu jangan lupa cuba Menu Ala Carte di Wan Li Chinese Restaurant. Tak lama lagi ada promosi Mooncakes at Renaissance tau. Stay tuned!
Harga Middle East Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel
Ahad hingga Khamis
Masa: 6:30pm hingga 10:00pm
Harga Dewasa: RM108 nett
Harga Kanak-kanak: RM54 nett (6-12 tahun)
Jumaat & Sabtu
Masa: 6:30pm hingga 10:00pm
Harga Dewasa: RM168 nett
Harga Kanak-kanak: RM84 nett (6-12 tahun)
Diskaun 35% untuk ahli Club Renaissance Johor Bahru Hotel
Untuk Tempahan Middle East Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel
Whatsapp: wa.me/60177713327
Menu:
Website: cafebld.com/specials
Lokasi Renaissance Johor Bahru Hotel
sedapnya tengok mene middle east ni.punah diet i..hahahah
hahaha u diet ke? kui3