Pertama Kali Makan Aiskrim llaollao

Pertama Kali Makan Aiskrim llaollao

Pertama Kali Makan Aiskrim llaollao

Pertama Kali Makan Aiskrim llaollao | Kesiannya Ummi Ilham ni, ketinggalan zaman ekeke. Bukan ketinggalan zaman lah awak. Selama ni tak teringin nak cuba, dek kerana jadi geng makan mak buyong ni terpengaruh nak merasa aiskrim yougurt llaollao bila tengok dia suka makan. Rasa la sekali why not kan.

Apa Itu llaollao?

Llaolllao ialah yogurt beku semulajadi yang diperbuat daripada susu skim dan digabungkan dengan pilihan topping daripada buah-buahan bermusim yang baru dicincang kepada bijirin, topping rangup dan pilihan sos.

Llaollao telah memulakan perjalanan sebagai sebuah jenama francais yogurt beku Sepanyol pada tahun yang tidak lama dulu. Pada awalnya, ia telah diasaskan di Denia, wilayah Alicante di Sepanyol. Sejak itu, ia telah berkembang dengan pesat dan menjelma menjadi salah satu jenama yang popular di seluruh dunia.

Ada lebih kurang 40 cawangan llaollao seluruh Malaysia tau. Rasanya dari mula kemunculan llaollao ni Ummi nampak memang ramai je orang beratur. Oleh kerana anak-anak pun tak pernah menyebut nak cuba, jadi Ummi pun tak lah excited nak beli hehehe.

Sebutan Sebenar llaollao

Sebutan sebenar llao llao disebut sebagai “Yao Yao”. Mula-mula baca dulu Ummi pun tak reti nak sebut hahaha. Ingatkan Lau Lau hahaha. Nasib tak sebut kat kaunter nak Lau Lau hahaha.

Pertama Kali Makan Aiskrim llaollao

Cara Order Aiskrim llaollao

Cara nak order aiskrim llaollao senang je, yang utamanya korang kena la beratur dulu ok hehehe. Ada 4 jenis pilihan saiz:

Small – 1 topping (RM13.90)
Medium – 3 toppings (RM17.90)
Large – 3 toppings (RM20.90)
Sanum – 3 fruits, 3 crunches, 1 sauce (RM20.90)

Korang pilih la nak saiz apa yang berbaloi hehehe. Ummi baca review sanum tu berbaloi la boleh makan kongsi-kongsi hehehe. Next time boleh try.

Harga Aiskrim laollao

Harga aiskrim llaollao boleh refer gambar kat atas tu ya. Harganya mengikut saiz cawan pilihan korang. Cawan kecil murah la sikit. Kalau anak ramai memang bukan keutamaan la nak beli aiskrim separa kayangan ni hehehe.

Pilihan Topping

Toppingnya ikut koranglah nak pilih yang mana. Ummi baru cuba chocorock je hehehe. Antara topping yang boleh korang pilih adalah:

  • Sauce – Chocorock, Pistachio, Ovamaltine, White Chocolate, Hazelnut. (For first timer, korang boleh cuba Ovamaltine, Hazelnut, Chocorock)
  • Crunches – Pilihan biskut seperti Oreo, Chips Ahoy, Almond Crocanti, Biscoff dan m&m’s.
  • Fruits – Pilihan buah-buahan seperti strawberi, buah naga, tembikai, rock melon, anggur atau nangka dan sebagainya.

Add on topping sila bayar RM1.50 ok.

Cadangan Topping Combo

Korang boleh cuba topping combo recommendation macam kat atas tu. Nampak lazat sungguh kan.

Promosi llaollao

Ummi baru tahu yang llaollao ada buat promosi pada setiap hari Rabu. Promosi diskaun mengikut minggu bagi setiap bulan bermula dari pukul 1.00pm sampai 7.00pm sahaja.

  • Minggu pertama dan minggu keempat  – diskaun 11%
  • Minggu kedua dan kelima – diskaun 22%
  • Minggu ketiga  – diskaun 33%

Status Halal llaollao

Aiskrim yogurt kegemaran ramai llaollao ni memiliki Sijil Halal JAKIM ya. Jadi korang tak perlu ragu-ragu. Korang boleh check sendiri di website JAKIM https://www.halal.gov.my/v4/

Cawangan llaollao Seluruh Malaysia

Johor

AEON Bukit Indah
Mid Valley SouthKey
Kluang Mall
AEON Tebrau City
Old Street Commercial, Batu Pahat
Paradigm Mall Johor Bahru
Muar, Johor
Segamat, Johor
KSL City
AEON Mall Kulaijaya
Bandar Penawar

Klang Valley

AEON Shah Alam
Midvalley
One Utama
Sunway Pyramid
Berjaya Times Square
Sunway Velocity
Publika
AEON Cheras Selatan

Melaka

AEON Bandaraya Melaka
Mahkota Parade

Perak

Ipoh Parade
AEON Station 18/ Kinta City/ Seri Manjung/ Taiping

Kedah

Aman Central
Amanjaya Mall, Sg Petani

Pahang

Genting Highlands
East Coast Mall
IM3 Indera Mahkota
Cameron Centrum, Cameron Highlands
Temerloh Pahang

Negeri Sembilan

Aeon Nilai
AEON Seremban 2

Kelantan

KB Mall
Aeon Mall Kota Bahru

Sabah

Suria Sabah
Tawau
IMAGO Shopping Mall
IJM Sandakan
ITCC, Sabah

Sarawak

The Spring Kuching
AEON Kuching Central
Miri Times Square
The Northbank Kuching
The Spring
Bintulu, Sarawak
Vivacity Megamall

Info lanjut dan promosi terkini mengenai llaollao boleh rujuk:

Bagi yang berminat untuk dapatkan info lanjut dan promosi terkini mengenai llaollao, anda boleh ikuti media sosial rasmi llaollao seperti berikut :

Twitter llaollao Malaysia : @myllaollao

Facebook: llaollao Malaysia
Twitter llaollao Malaysia: @myllaollao

Baca juga: Review Caramel Dalgona Sofuto FamilyMart

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

1 Comment

  1. CUya ni walaupun dah lama dengar pasal aiskrim ni…sampai sekrang tk merasa…hahhaha
    Yalah, kita tk selalu ke bandar…..bila dah ke bandar, tak terasa pon nk cuba…hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *