Pilihan Busana Muslimah Kemas & Sopan Bersama Penyanyi Iman Troye | Buat pertama kalinya, jenama fesyen SHEIN tampil membuat kejutan dengan memperlihatkan persalinan kaftan, abaya, tudung beserta persalinan pakaian bergaya yang lainnya. Bagi meraikan pelancaran itu, SHEIN turut bekerjasama dengan penyanyi berbakat besar Malaysia yakni Iman Troye.
Himpunan pakaian muslimah yang dipilih khusus langsung digayakan oleh Iman kini tersedia disemua platform SHEIN. Ceraian pakaian yang dibentangkan bersempena Hari Lebaran ini hadir diolahkan dengan siluet polos lantas dibaluti aura feminin yang bakal melengkapkan mana-managerobok pakaian.
Artis rakaman yang sedang meningkat naik ini tidak asing lagi di dalam membuat kejutan kemunculannya, Iman adalah antara salah satu penyanyi tempatan yang tampil mewarnai papaniklan Times Square di New York City. Antara lagu hits nyanyiannya adalah “Teman,” “Pejam Celik Hari Raya,” dan “Nang,” lantas kian mencipta nama sejak memperdengarkan album debutnya pada 2020.
SHEIN Malaysia juga bakal menganjurkan acara penstriman secara langsung #SHEINGayaRaya pada 15 April 2022, jam 9 malam bersama hos Isha Norsham dan Shiha Zikir. Sekali gus, bakal memaklumkan jualan kilat serta hadiah menarik yang tersedia untuk direbut.
Pelancaran himpunan Fesyen Muslimah baharu di laman web SHEIN Malaysia hadir hanya beberapa minggu menjelang kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 3 Mei. Hari yang dinantikan-nantikan oleh selautan umat Islam di dunia ini sudah pasti, dimulakan dengan salam salaman sesama keluarga di awal pagi sebelum mengunjungi masjid bagi mensyukuri kurnia nikmat Ilahi.
Demikian, SHEIN menyediakan persalinan untuk digayakan pada Hari Lebaran dengan corak potongan yang lebih bergaya. Lantas dibentangkan sama dengan pelbagai pilihan saiz juga warnauntuk dipilih.
“SHEIN tidak pernah mengecewakan saya dengan pelbagai pilihan pakaian yang boleh saya suai danpadan mengikut gaya tersendiri! Saya berharap koleksi eksklusif ini bakal menambahkan warna sertakarakter buat gerobok pakaian anda seperti yang dihadirkan buat saya!” kata Iman.
Info lanjut:
SHEIN – https://my.shein.com
Baca juga: Busana Jamilah “One Stop Family Boutique” Pilihan Ramai
Lawa laaa nak beli tapi kompom dah banyak habis kannnnn
hahahaha kan selalu gitu le
lawo uii
comel je dia pakai
uish.. kenapa lawa sangat dia pakai ni.
kalau akk pakai comot terus.