Khasiat Ubi Bit (Beetroot) Bagi Pesakit Kanser

Khasiat Ubi Bit (Beetroot) Bagi Pesakit Kanser

Khasiat Ubi Bit (Beetroot) Bagi Pesakit Kanser

Khasiat Ubi Bit (Beetroot) Bagi Pesakit Kanser

Oktober adalah bulan Kesedaran Kanser Payudara (Breast Cancer Awareness) #Pinktober, ingin saya kongsikan kebaikan Ubi Bit yang boleh ditambah ke dalam diet harian pesakit kanser.

Sedia maklum dengan pengambilan jus buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa dibuang serat setiap hari boleh memberikan kesan yang baik pada badan kita. Tetapi tahukah anda setiap buah atau sayuran memiliki kebaikan atau nutrisi khas yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan tubuh dalam keadaan tahap kesihatan yang berbeza.

Nutrisi pemakanan ni adalah sangat penting bagi pesakit kanser terutama yang akan membuat rawatan kimoterapi.

Pengambilan nutrisi yang sesuai dan lengkap ibarat menyediakan “perisai sebelum berperang.”

Jadi apakah Nutrisi ni?

Nutrisi adalah khasiat yang di bekalkan oleh makanan itu sendiri sama ada dari buahan, sayuran, bijirin dan dari sumber haiwan. Salah satu makanan yang hebat dan kaya dengan nutrisi yang dikategorikan di dalam kumpulan makanan “Superfood” adalah Ubi Bit.

Ubi bit membekalkan khasiat yang diperlukan oleh pesakit kanser terutama yang sedang menjalani rawatan kimoterapi.

Antara nutrisi dari Ubi Bit yang penting bagi pesakit kanser adalah :

1) ASID FOLIK

Asid Folid adalah sejenis vitamin B yang terdapat di dalam jenis makanan terutama Ubi Bit. Diperlukan bagi mengimbangkan semula platelet darah yang berkurang semasa rawatan kimoterapi. Kekurangan darah merah boleh mengakibatkan beberapa kesan pada badan. Antaranya Anemia – badan menjadi lesu dan lemah. kurang darah merah juga mengakibatkan badan mudah terkena jangkitan kuman ini sekali gus mudah membawa masuk penyakit seperti deman dan lain lain.

2) BETASIANIN

BETASIANIN adalah pigmen yang berwarna merah. Ada juga betasianin yg bewarna kuning tapi pada ubi bit ia adalah pigmen merah yang sangat baik untuk tubuh badan.

Fungsi Betasianin adalah sebagai antioksidan yang sedia maklum ia mampu melancarkan pencernaan kerana salah satu kesan dari kimoterapi adalah sembelit.

Selain itu Betasianin mampu mengurangkan keredaan pada badan terutaman semasa rawatan kimoterapi ini adalah penting pesakit mengamalkan pengambilan sebelum dan selepas kerana akan membuatkan tubuh kita bersedia.

Betasianin juga dapat mengurangkan radikal bebas didalam badan ini sekali gus dapat melambatkan pembiakan sel cancer itu sendiri.

Jadi pesakit perlu menyediakan diri sebelum, semasa dan selepas rawatan kimoterapi. Kami faham perasaan yang dihadapi pesakit, kerana kami juga sebahagian dari anda

3) PROTEIN

Pemakanan seimbang dan bernutrisi penting untuk semua individu.Terutama utk pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan.

Pesakit yang sedang menjalani rawatan perlu mengambil makanan tinggi kalori dan protein bagi memastikan kesihatan mereka berada pada keadaan optimum untuk menghadapi ptoses rawatan kanser itu sendiri.

Ini kerana pesakit akan mudah lemah oleh sebab sel kanser itu sendiri dan juga kesan dari rawatan sepeti kimoterapi. Dan juga mudah mendapat jangkitan jika kesihatan tidak berada pada keadaan optimum.

Protein dan kalori diperlukan adalah untuk:

– Membekalkan dna memperbaiki sistem perthanan tubuh yg baik.- Menghantikan tisu-tisu badan yang rosak akibat rawatan kimoterapi- Mengurangkn risiko jangkitan kuman kepada pesakit

– Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan pesakit

– Meningkatkan tindakbalas rawatan dna penerimaan

– Meminimumkan kesan kimoterapi/radioterapi

Keperluan ProteinProtein adalah salah satu nutrien yang tidak boleh diabaikan bagi pesakit kanser. Protein memainkan peranan dalam membentuk dan mengekalkan :

  • Otot
  • Tisu
  • Sel darah merah
  • Hormon

Memberi kekuatan dalam meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kuman.

4) FIBER (SERAT)

Serat ni biasa nya didapati dari tumbuhan yang sangat diperlukan oleh tubuh. Jadi ubi bit antara tumbuhan yang supply serat.

Serat merupakan kaborhaidrat komplek yang tak dapat dicerna oleh tubuh kita jadi ia akan melalui organ pencernaan terus keluar melalui anus.

Jadi serat sangat bagus untuk membantu masalah sembelit, sembelit ni selalu akan dihadapi oleh pesakit cancer selepas kimoterapi. Selain membantu sembelit, serat juga membantu menurunkan kolestrol jahat. Ia juga membantu mengurangkan nafsu makan dan membuatkan rasa cepat kenyang, Untuk yang ingin diet serat antara nutrisi yang perlu ya dan pesakit diabetes juga patut selalu mengamalkan pengambilan serat kerana serat juga membantu dalam penyerapan gula di dalam darah.

Semoga segala manfaat dapat dikongsikan bersama.

Boleh dapatkan Minuman Fibrerich di link berikut :

www.wasap.my/60146106331/GetFibreRich

Boleh follow Instagram :
https://www.instagram.com/fibre_rich

Support Group For Cancer :
Fight With Fiza Rahim (Cancer Fighter)

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. Haritu nampak Emaknya Dato Chef Wan minum ni tak silap.. sebab Emaknya kan baru tau kan cancer tahap 4.. masa Emak Sis tak sempat dn jumpa minuman ni..ingat Sis sendiri laaa nak cuba…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *