Lunch di Miss Siam Eco Botanic

Foods Review

Lunch di Miss Siam Eco Botanic | Cerita JJCM Jumaat bersama Geng Mak-mak Marine minggu lepas di cafe Miss Siam. Akhirnya sampai juga kami ke sini. Cafe Miss Siam Thai Food merupakan pilihan yang sempurna untuk makan tengahari di Taman Eko Botanik, Gelang Patah, Iskandar Puteri. Restoran ini menawarkan hidangan autentik Thailand yang sedap dan lazat.

Dekorasi cafe kemas dan cantik dengan sentuhan modern. Dengan suasana yang santai, restoran ini menjadi tempat yang tepat untuk bersantai dan menikmati hidangan yang enak. Malangnya, geng Mak-mak Marine terpaksa duduk di meja bahagian luar, kerana meja dalam cafe dah penuh. Small matter je, janji kami dapat makan hehehe.

Lunch di Miss Siam Eco Botanic

Menu Miss Siam Thai Food

Menu di cafe Miss Siam Thai Food menawarkan pelbagai hidangan yang menyelerakan dari appetizer, main menu sehinggalah dessert. Korang plih je la ikut selera masing-masing. Antara hidangan utama, Tomyam, Pad Thai with Crispy Chicken, Mama Mee Salad, Somtum, Stir Fried Beef, Thai Grilled Squid,

Selain hidangan utama, restoran ini juga menyediakan pilihan minuman segar seperti Thai Iced Tea, Thai Green Tea Ice, Thai Coffee Ice, Lemon Grass dan macam-macam lagi. Jomlah tengok apa yang kami makan dan minum.

Thai Iced Milk Tea (RM7.90).. empat orang emak semua pilih air yang sama. Tapi ada tambahan Mak In nak Hot Lemon Grass (RM2.90).

Tomyum Fried Rice with Seafood (RM12.90) Ummi yang punya. Sedap tapi jaki tengah makan tergigit bom lengkuas hahaha. Nampak macam sikit tapi jenuh gak Ummi nak habiskan semangkuk ni.

Lunch di Miss Siam Eco Botanic

Satu lagi menu pilihan Ummi, Stir Fried Beef (RM15.90). Sedap gila daging ni. Dagingnya lembut sangat.

Lunch di Miss Siam Eco Botanic

Siganture Tomyum with Rice Set (RM23.90) ni pilihan Mak In. Dia makan set yang siap ada nasi putih bersama tomyam. Tomyam nya sedap dengan rasa tersendiri. Dia tak la terlalu sedap sangat pada tekak Ummi, tapi still boleh pergi la.

Stir Fried Mama Mee Seafood (RM14.90) pilihan Mak Leen. Sedap gak.

Mak buyong & Mak Leen order Thai Grilled Squid (RM26.90) ni sambal dia sedap! Ingatkan dapat macam dalam gambar, rupanya dah siap potong hahaha. Sos dia mantap!

Lunch di Miss Siam Eco Botanic

Pad Thai Egg (RM8.90). Menu utama Mak Buyong, sempat jugalah Ummi rasa. Tapi sebenarnya beliau tersalah order, dia nak jenis mee lain hahaha.

Lunch di Miss Siam Eco Botanic

Kai Lan with Oyster Sauce (RM9.90). Order tambahan Mak Leen, sedap gak.

Kesemua menu yang ada korang boleh rujuk di https://misssiam.com.my/. Setakat menu yang kami makan alhamdulillah sedap.

Harga & Rasa

So far harga ok tak terlalu mahal. Kami berempat order boleh tahan banyak tapi tak lah harga melampau sangat. Masih boleh hadam lagi la. Yang penting most of the food memang sedap. Next time Ummi nak cuba menu itik pulak hehehe. Recommended untuk korang yang suka makan Thai Food, bolehlah cuba menu di Miss Siam ni ok.

Cawangan Miss Siam Thai Food

Miss Siam Eco Botanic

Alamat: B0108, Blok B Eko Galleria,
Jalan Eko Botani 3,
Taman Eko Botani
79100 Iskandar Puteri, Johor.
Tel: +6019-7711683

Miss Siam Seri Alam

Alamat: No.55, Jln Suria 1/1,
Bandar Bahru Seri Alam,
81700 Masai, Johor.
Tel: +6019-9201168

Miss Siam Sri Purnama

Alamat: No.37, Jln Sri Purnama 2/3
Perindustrian Sri Purnama,
81100 Johor Bahru, Johor.
Tel: +6019-7201168

(Gradfood Delivery Only,
Not available for dine-in.)

Instagram – https://www.instagram.com/misssiamthaifood/

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!