MINILAND Amazing Malaysia Tarikan Terkini di LEGOLAND® Malaysia Resort | Bulan lepas Ummi bawa The Ilhams untuk menyaksikan sendiri Perasmian MINILAND Amazing Malaysia. Diorang ni memang excited la kalau cakap nak pergi Legoland, boleh tak tidur malam ok.
MINILAND Amazing Malaysia
Perasmian MINILAND Amazing Malaysia
LEGOLAND Malaysia Resort telah menunjukkan struktur model LEGO baru yang akan memaparkan landskap, seni bina serta budaya yang indah dari timur hingga ke Semenanjung Malaysia.
MINILAND Amazing Malaysia ini akan diletakkan di dalam LEGOLAND Theme Park akan dilancarkan pada Ogos tahun ini. Perasmian MINILAND Amazing Malaysia di hadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Merlin Entertainments, LEGOLAND Malaysia Scott O’Neil yang memaklumkan bahawa kawasan baharu tersebut dijadualkan siap dipasang dalam masa dua bulan dan dijangka mengambil masa selama 14,000 ribu jam untuk dibina.
Amazing Malaysia akan dibina dengan 1.38 juta LEGO Bricks dan menampilkan sebanyak 126 model LEGO terbina pada skala yang dibahagikan kepada Malaysia Timur, Barat serta Laut China Selatan. Ianya pasti membuatkan pengunjung teringat kembali nostalgia seperti menyaksikan persembahan pentas di Jonker Walk, sesi teh tarik di mamak sehingga lewat malam, bermain sepak takraw bersama jiran tertangga. Pengunjung juga bakal menyaksikan suasana serta budaya di beberapa negeri seperti Kota Bharu, Kelantan, melihat landskap yang cantik di Mulu Caves, Sarawak serta kesibukan bandar Georgetown, Pulau Pinang.
Gambar kiri.. The Ilham’s favourite Legoland’s Emcee.. Uncle Naz Rahman.
Sempat The Ilhams bergambar dengan CEO LEGOLAND yang sporting dan friendly ni. Thank you sir!
MINILAND Amazing Malaysia Kini Berbumbung
Selain itu, pengunjung yang pergi ke LEGOLAND Malaysia Resort masih mempunyai peluang untuk melawat MINILAND, di mana mereka boleh melihat binaan bangunan lima tingkat baharu yang berbumbung di seluruh kawasan.
Kalau dulu kita berpanas melalui kawasan MINILAND ni, tapi sekarang tidak lagi. MINILAND dah ada bumbung jadi mudah la ibu ayah nak bawa anak-anak meronda sekitar kawasan ni kan. Boleh duduk berehat seketika di bawah bumbung.
Lepas meronda sekitar MINILAND, macam biasalah kami meneruskan perjalanan ke sekitar LEGOLAND Theme Park selagi tak tutup hehehe. Kali ni misi bersuka ria kita masih lagi dengan Yash dan Mamanya hehehe. DIorang dah selalu jumpa dah boleh jadi geng.
LEGOLAND Malaysia Resort Previews Latest Attraction MINILAND Amazing Malaysia
Ronda-ronda LEGOLAND® Theme Park
LEGO® NINJAGO® The Ride
Macam biasalah, kalau masuk Legoland Theme Park memang tak sah la kalau diorang tak ajak Ummi layan LEGO® NINJAGO® The Ride ni. Tapi kali ni mood Syahid kelaut. Padahal dia yang excited nak masuk sini, asyik la berzikir Ninjago.. Ninjago.. bila dah sampai je dia meraung, tak nak duduk sebelah. nak Ummi pangku, dia kata dia takut. Ummi malas nak fikir buka-bukan, sebab lately dia ni memang mudah nampak yang ghaib-ghaib ni. Ummi dan abang-abang meneruskan je la misi ride. Suara Syahid memang kuat le meraung sepanjang kat situ.
Lost Kingdom Adventure
Next kami ke Lost Kingdom Adventure, yang ni Ummi tak naik. Ummi teman Syahid kat luar, dia tak lepas nak main tembak-tembak kat sini. Aunty Juju tolong tengok-tengokkan abang-abang.
MINILAND Amazing Malaysia Tarikan Terkini di LEGOLAND® Malaysia Resort
Beetle’s Bounce
Abaikanlah Ummi Ilhams yang fefeeling kanak-kanak ribena itu. Dia punya terkujat-kujat macam bettle’s bounce ni adventure sangat gayanya hahaha. Syahid seperti sebelumnya dijaga oleh Aunty Juju sebab dia tak nak naik.
Observation Tower
Ni pun salah satu tempat yang mesti singgah hehehe. Dah penat-penat berpanas dapat kena aircond kat observation tower ni lega la sikit. Bila masuk observation tower ni korang dapat tengok MINILAND berbumbung dari atas tau.
LEGO Studios
Tengok Lego movie kali ni Syahid ok la bagi kerjasama. Sebelum ni dia takut kegelapan hahaha. Masa ni ok pulak mood dia. Ummi tak ingatlah kitorang tengok movie apa masa tu hehehe.
Merlin’s Challenge
Syahid masih belum lepas ketinggian nak main Merlin’s Challenge ni, jadi Ummi pun kena la teman beliau main dengan kawan baru kat luar. Abang-abang join Aunty Juju dan Yash je.
Dragon’s Apprentice
DRAGON’S APPRENTICE terletak di LEGO Kingdoms. Penunggang yang menunggang secara solo mesti berumur 6 tahun ke atas dan mempunyai ketinggian minimum 120 sentimeter. Penunggang antara 105cm hingga 120cm dan antara 4 hingga 6 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa. Gambar kami kat sini tak ada, Masa naik Dragon’s Apprentice ni, Ummi teman Syamil manakala Abang Ilham duduk sebelah Yash. Aunty Juju dan Syahid boleh tengok gambar kat bawah.
The Forestmen’s Hideout
Sementara Ummi layan abang-abang naik roller coaster, Aunty Juju layan Syahid main kat sini. Tapi dia cakap kat sini ada momok hehehehe. Adehhhhh suka buat Ummi seriau tau.
The Cafe @ The Beginning
Lepas kepenatan meronda Legoland Theme Park, kami berehat sekejap di The Cafe. Niat hati nak makan-makan, tapi malangnya dah nak hujung-hujung waktu, diorang dah stop order makan. Jadi kami beli air je la, beli tumbler Legoland sekali. Banyak je makanan best kat sini tau, antaranya lasagna, salad, baked potato, soup of the day, gourmet sandwich dan banyak lagi.
Alhamdulillah anak-anak happy dapat ronda Legoland Theme Park. Kalau ada rezeki lagi kita meronda lagi ok.
Lokasi LEGOLAND Malaysia Resort
Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Iskandar Puteri, Johor
. Stay tuned for new announcements from LEGOLAND Malaysia Resort on the official website https://www.legoland.com.my or Facebook and Instagram.
Cara Beli Tiket LEGOLAND
Tickets & Passes: https://www.legoland.com.my/tickets-passes/
Hotel: https://www.legoland.com.my/hotel/
last time pergi Johor time 2017 rasanya, dah bnyk bende baru rupanya. Kene pergi lagi ni