Lirik Lagu Sedih Hati – Malique feat Mona Fandey

Lirik Lagu

Lirik Lagu Sedih Hati – Malique feat Mona Fandey | Mesti ramai antara korang dah dengar banyak kali lagu ni kan. Malique, rapper terkenal, baru-baru ini mengeluarkan single berjudul Sedih Hati, yang menggabungkan suara lunaknya dengan lirik empat baris yang diulang-ulang yang dikatakan dinyanyikan oleh Allahyarham Mona Fandey. Ummi pun dah terikut-ikut menyanyi ooppppsssss. Jom tengok liriknya.

Lirik Lagu Sedih Hati - Malique ft. Mona Fandey

Lirik Lagu Sedih Hati – Malique ft. Mona Fandey

Komposer: Malique, Tripdisz & Mona Fandey
Lirik: Malique & Mona Fandey

Sedih hati tak terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan

Kritikal, deteriorasi mental
Fizikal diragut reaksi dangkal
Tipikal egotistikal
Dasar Dajal hipokritikal
Diari apokaliptikal dari diarea politikal
Diganti lampin sambung ratah mana praktikal
Teatrikal, balada farmaseutikal
Dek badut-badut bangku muzikal
Yang kemaruk menagih puji, bertanding suci
Kita meratap menangis mengemis ruji
Atap diranap gergasi geng beruk tuli
Minta dikembalikan asasi jenuh dibuli
Moga segera berakhir gawat
Semoga semua derita dirawat
Yang istiqamah semoga dirahmat
Yang ruwaibidhah semoga dilaknat

Apa rasanya gah di rumah agam
Apa rasanya lena tidur malam
Apa rasanya hidup diampu khadam
Apa rasa jamu darah daging resepi haram
Apa rasa fantasi jadi dewa
Annunaki kebal istimewa
Kakistokrasi, duta neraka
Baka derhaka, punca malapetaka
Ketawakan yang mati, persendakan yang parah
Yang lumpuh dipenjara, diseksa, diseranah
Yang maling alim dan zalim Pak Pandir mendominasi
Serebrum di patella tular sensasi
Apa rasa roh tanpa empati
Korup minda dan hati, tanggungjawab dinafi
Salahkan propaganda, persalahkan konspirasi
Persalahkan segalanya kecuali pekung sendiri
Maaf tuan hamba kebuntuan
Kalau tuan di angkasa bercumbuan
Salam dari warga kemurungan
Moga ditulah tuan seketurunan

Ambil darah, ramu racun
Sudah ludahkan jamu diadun
Satu-satu gugur terkubur
Pupus yang zalim tinggal yang luhur

Rasis, fasis, narsisis fasik
Bergayut di sarkis si spastik fantastik
Kuasa bergayut di tali halimunan
Tunggu sihirnya dicabut nantikan haribulan
Mobilisasi, mulakan draf, fisabilillahi rapatkan saf
Hingga ke hari dieleminasi, inalillahi khalif khilaf
Kiri dan kanan tembok batu biasa-biasakan

Seperti biasa Malique mempunyai kebolehan semula jadi membuat irama yang unik, sama ada dalam hal lirik, susunan lagu atau elemen kreatif. Memang sejenis lirik yang mendalam maksudnya.

Lirik Lagu Sedih Hati – Malique feat Mona Fandey

Latar belakang Malique

Cairel Adrin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Malique atau The General (lahir 21 Ogos 1977) ialah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan bekas ahli duo hip hop Too Phat bersama Joe Flizzow. Selepas duo itu dibubarkan pada 2007, Malique dan Joe bergerak secara solo. Sejak bergerak secara solo, Beliau lebih selesa di belakang tabir yang mana sejak 2007 beliau tidak pernah muncul di mana-mana media cetak dan elektronik.

Latar belakang Mona Fandey

Maznah Ismail (1 Januari 1956 –2 November 2001) atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang, Kajang, Selangor pada usia 45 tahun selepas beliau didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.

Kredit info: https://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama

Koleksi Lirik Lagu

Loading

Related Posts

9 thoughts on “Lirik Lagu Sedih Hati – Malique feat Mona Fandey

  1. tang mana seram pun tak tahu laa, mona fendey betul ke buat apa yang diwar-warkan media. atau hanya cerita untuk tutup kes sebenar. geng politikus.

  2. Lagu ni maybe malique kritik puak2 politik. Haha. Rakyat tertekan dgn kos sara hidup. So malique buat lagu ni untuk kritik pemimpin2 yg hanya pentingkan poket sendiri.

  3. Mungkin zmn arwah mona fendy kita kecik² dulu kita percaya dia yg bunuh. Tapi bila tgk dgn mcm² cara dan taktik kotor org besar, kemungkinan besar arwah di kambing hitamkn. Wallahu a’lam.

  4. Sapa yg kata arwah mona fandy mungkin dikambinghitamkan oleh politikus rasanya tak tepat. Polis dapat trace penggunaan kad kredit mangsa dan kereta mangsa digunakan arwah mona fandy di KL. Nak cakap lebih pun tak elok untuk arwah dan keluarga arwah. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!