Maal Hijrah 2023/ 1445H: Tarikh Cuti Awal Muharram & Tema

Maal Hijrah 2023 (1445H) : Cuti Umum Awal Muharram & Tema Sambutan

Maal Hijrah 2023/ 1445H: Tarikh Cuti Awal Muharram & Tema

Maal Hijrah 2023 (1445H) : Cuti Umum Awal Muharram & Tema Sambutan | Menurut kalendar hijrah, bulan Muharram menandakan permulaan kalendar Islam. Awal Muharram, juga dikenali sebagai Maal Hijrah, adalah hari peristiwa penting dalam Islam kerana ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Ini adalah peristiwa penting yang berlaku pada 1 Muharram, tahun baru mengikut takwim hijrah. Walau bagaimanapun, tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah dianggap sebagai permulaan kiraan kalendar Hijrah.

Kisah Hijrah Rasulullah

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1445H, marilah kita mengingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW, yang bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat lain, tetapi juga merupakan peringatan untuk perubahan ke arah keadaan yang lebih baik.

Tarikh Cuti Umum Awal Muharam/ Maal Hijrah Malaysia 2023

Di Malaysia, Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah pada hari Rabu, 19 Julai 2023, menurut kalendar/takwim JAKIM.

Semua negeri akan bercuti pada hari Awal Muharram kerana ia adalah Hari Kelepasan Am Persekutuan.

Tema Maal Hijrah 2023/ 1445H

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2023M akan diadakan pada 1 Muharam 1445H bersamaan 19 Julai 2023M di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Tema Maal Hijrah Tahun 1445H adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”

Jom saksikan secara langsung bermula jam 7.00 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.

Maal Hijrah 2023 (1445H) : Tarikh Cuti Umum Awal Muharram & Tema Sambutan

Logo Maal Hijrah 2023/ 1445H

Berikut adalah pengertian di sebalik logo Maal Hijrah:

  1. Kuning – Keagungan
  2. Biru – Persaudaraan
  3. Huruh ‘ha’ – Hijrah
  4. Putih – Fitrah manusia yang suci dan bersih
  5. Merah – Semangat perpaduan
  6. Bulatan – Melambangkan glob dunia. Ia dilingkari sarang labah-labah yang mengingatkan peristiwa dramatik dan mendebarkan jantung iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah

Baca juga: Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijriyah

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijriyah

Doa Akhir Tahun

Doa ini dibaca sesudah solat Asar (sebelum maghrib)

Maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang aku belum bertaubat, padahal Engkau tidak meridhainya dan melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu) kepadaku, yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untukku dan Engkau telah mengajakku untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat kepada-Mu. Karena itu, aku mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepadaku.

Segala apa yang telah aku kerjakan selama tahun ini berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala. Saya mohon kepada-Mu ya Allah wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan semoga berkenan menerima amalku dan semoga Engkau tidak memutuskan harapanku kepada-Mu wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kami Muhammad beserta para keluarga dan sahabatnya. dan Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijriyah

Doa Awal Tahun

Doa ini dibaca sesudah shalat maghrib

Maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah yang abadi, dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan dan penghulu kami Muhammad beserta para keluarga dan sahabatnya. dan Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *