Contoh Kerja Rumah Untuk Anak-anak Berusia 2 Hingga 8 Tahun | Sharing dari kawan dalam group whatsapp, Contoh Kerja Rumah Untuk Anak-anak Berusia 2 Hingga 8 Tahun. Sangat-sangat berguna untuk panduan ibu bapa. Setakat ni memang ada juga yang dah dipraktikkan, walaupun kadang-kadang nak terkeluar anak tekak ummi memujuk rayu anak-anak untuk buat kerja rumah tu. Tapi bila ummi keluar kata-kata hikmat pada anak-anak, alhamdulillah kedua-duanya cepat nak menolong.
Nak tahu apa kata-kata hikmat ummi dan babah ilhams? Bak sini 20 sen hehehe. Selalunya dialog kami..
”Ilham tolong ummi susun bantal tu.. tolong ibu kan dapat pahala”
Mula-mula memang berat je gaya dia nak menolong. Bila dah selalu kita ulang-ulang cakap, lama-lama dia redho dan tolong. Kadang-kadang dia pula ajar kita semula.
“Ummi.. Ilham nak tolong ummi.. tolong ibukan dapat pahala”
Kadang-kadang dia bagi tazkirah pada adik.. “Adik tolong ummi kan dapat pahala”
Adik pun dah pandai.. “Olong mi.. apat aaa leeeeee..”
Ok tak payah ummi bebel panjang-panjang, jom baca contoh kerja rumah yang boleh dilakukan oleh anak berusia 2 hingga 8 tahun. Check it out!
Contoh kerja rumah yang boleh dilakukan oleh anak berusia 2 ke 3 tahun:
● Memasukkan baju kotor ke dalam bakul
● Mengutip sampah di dalam bilik
● Mengemas permainan
● Mengemas katil
● Mengumpul baju kotor
● Menyapu di laman rumah
● Menyusun bantal atau kusyen
Contoh kerja rumah yang sesuai bagi anak berusia 4 ke 6 tahun:
● Semua yang di atas
● Menyapu lantai dalam rumah
● Mengemop lantai (dengan menggunakan mop yang kecil dan sesuai)
● Menyiram pokok
● Membersihkan laman rumah (mengutip daun, ranting kering)
● Mengangkat pinggan mangkuk sendiri ke sinki sesudah makan
● Mengelap perabot
● Bantu ibu padankan stoking
● Membuang sampah ke dalam tong sampah
● Memvakum (dengan pengawasan ibu bapa)
● Mengemas barang-barang di bawah katil
Contoh kerja rumah yang boleh dilatih pada anak berusia 6 ke 8 tahun:
● Semua yang di atas
● Mencuci lantai dan dinding bilik air
● Mencuci tandas
● Menyapu ruang tamu dan di bahagian bawah perabot di ruang tamu (sofa, meja, kerusi)
● Membuang sampah ke tempat sampah (di depan atau belakang rumah)
Semoga bermanfaat ibu ayah!
Find out more teaching freebies for homeschooling – https://filefolderfun.com
yes…yang simple tu kadang2 suruh jugak dia buat..tapi kadang2 si adik dah pandai sebut nanak!!! adoii..nangis umi dengar..
hahaha..sabo jek lah ek..lama2 rajin tu tlg ummi..
assalamualaikum hernee…nice sharing…:)
waalaikumussalam..thanks mama ?