Empat Beranak Sedondon Dengan Kurta Lumino Dari Butik KACAX

Empat Beranak Sedondon Dengan Kurta Lumino Dari Butik KACAX

Empat Beranak Sedondon Dengan Kurta Lumino Dari Butik KACAX | Macam biasalah setiap tahun Ummi punya plan nak photoshoot raya tu awal sebelum Ramadan. Malas nak berhuru hara time puasa dan raya. Baju Melayu Babah dan anak-anak memang awal dah prepare dan dah pakai pun masa sambutan Maulidur Rasul tahun lepas. Alang-alang pakai sekali, meh la kita jadikan baju raya teruskan.

Bila dah survey-survey studio ehhh alamak satu backdrop ni warna hitam le, konfemlah tenggelam kami lima beranak nanti hahaha. Nanti senyum dalam gambar nampak gigi je ekekeke. Jadi Ummi pun dengan pantasnya berfikir apa kata tahun ni tambah satu lagi set baju raya diorang sebab sebenonya senyap-senyap Ummi pun dah tambah sehelai kurung purple lagi hehehe. Dah alang-alang nak ke area Tampoi tu kita singgah la Angsana Johor Bahru Mall cari pakaian apa yang sesuai utk hero-hero ni.

Masuk-masuk je memang rambang matalah tengok booth-booth raya ni dah memenuhi ruang legar. Orang jangan katalah memang ramai macam esok nak raya.

Malas nak bersesak sudahnya singgah je la Butik KACAX lagi pun Babah memang dah biasa pakai kurta KACAX. Dalam hati Ummi ni harap ada la yang berkenan dan saiznya ada sebab penat nak ronda lagi.

Ummi bagi Babah peluang pilih design yang penting syaratnya bukan warna hitam hehehe.

Kalau dah kat Butik KACAX ni memang ko rambang matalah dik non. Design cun-cun, kain pula jenis sejuk dan berkualiti gitu, jahitan pun kemas. Selain buat pakai masa raya, boleh la diorang sarung time nak pergi kenduri kendara. Biasalah emak-emak ni panjang fikiran dia hehehe. Beli satu baju kena pakai untuk banyak majlis haaa gitu.

Empat Beranak Sedondon Dengan Kurta Lumino Dari Butik KACAX

This one ok tau. Simple je, kain pun sejuk. Tapi syarat Ummi dah bagi kan. Say “NO” to black
colour ekeke. Dia pusing-pusing KACAX, tukar baju itu tukar baju ini.

Kurta Lumino Dari Butik KACAX

Mula-mula dah nak ambil design ni, sebab warna pun dah ngam sangat dengan baju Ummi tapi sayang saiz anak-anak pula tak ada.

Dan akhirnyaaaaaaaaa.. penantian beliau berakhir setelah menjumpai satu design yang Ummi pun ikut sama suka. Simple & smart! Boleh sarung ke office bila hari Jumaat.

Kemain Babah ko kan, pilih yang “New Arrival” rupanya eh. Sekali tengok Kurta KACAX Lumino yang dia pilih dengan tagline “Ini buat orang sebelah bangga!” ecehhhh.

Sesi mencuba kurta kat anak-anak.

Oklah bangga lah tengok empat body guard dah macam “Boria 4 Serangkai” keliling Ummi hehehe. Ngam teruk weh. Rasa lega amat bila dah complete baju empat beranak ni. Actually ada empat warna berbeza untuk Kurta Lumino ni, putih, krim, kelabu dan kelabu kebiru-biruan. Babah pilih kelabu kebiru-biruan.

Sempat juga beli kain samping KACAX sebab Babah nak samping tanah putih. Thanks lah staff KACAX yang banyak bersabar layan kerenah pelanggan ni. Dari butik sampai ke booth diorang gigih carikan stok kain samping putih untuk kanak-kanak ni.

Sambil tunggu diorang buat pilihan Ummi terjeling-jeling Butik JAMILAH. Tapi jeling je la nak beli sehelai lagi baju raya takut ada pulak yang menjeling hehehe.

Korang yang nak cari kurta cun-cun boleh la ke Butik KACAX ni. Dah banyak tahun juga la Babah dan anak-anak ni beraya dengan Kurta KACAX masih boleh pakai lagi sampai sekarang. Design-design lain korang tengok gambar ok, harga pun berpatutan.

Kurta lain yang korang boleh cuba antaranya:

Kurta Arden
Kurta Levin
Kurta Leytron
Kurta Chiasso
Kurta Luthern
Kurta Andro
Kurta Cornaux

Sebelum balik, posinglah satu kali.

Photoshoot Raya 2023 di The Empire Studio

Inilah hasilnya gambar photoshoot raya kami tahun ni menggayakan Kurta Lumino dari Butik KACAX. Amacam? Kacak tak? Hehehe.

LOKASI BUTIK KACAX

Butik KACAX

L3.41,Level 3,
Angsana JB Mall, JB.
(Berdepan dengan kedai buku Badan Bookstore)

Lot Promosi KACAX

Level 2 (sebaris BATA) Angsana JB Mall, JB.

Lot Promosi KACAX

Level 3 (Dekat kedai langsir HL) Angsana JB Mall, JB

Waktu Operasi: 10am – 10pm

Untuk membeli secara online

wasap.my/60197341037/kurtaKACAX

Tiktok : https://www.tiktok.com/@midanixhq

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *