Buffet Ramadan Selera Kampung D-GEO di GEO Resort & Hotel Genting Highlands

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadan Selera Kampung D-GEO di GEO Resort & Hotel Genting Highlands | Alhamdulillah berkesempatan berbuka puasa jauh banyakkkkk dari rumah hehehe. Saja bawa anak-anak berbuka puasa sambil di sapa angin bayu sepoi-sepoi bahasa di Geo Resort & Hotel Genting Highlands. Pertama kali kami ke sini lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Terasa kegigihan yang berbaloi hehehe.

Meriah juga menu kat Cabana Restaurant, GEO Resort & Hotel ni tau. Ada lebih kurang 100 jenis hidangan nostalgia klasik yang disajikan sepanjang Ramadan mengikut giliran.

Antaranya Gulai Tempoyak Ikan Patin Temerloh, Ayam Percik Kelantan, Rendang Daging, Pucuk Ubi Masak Lemak, Kambing Varuval, Ketupat Palas, Nangka Muda Masak Lemak Ikan Masin, Kambing Golek Arang, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Steamboat, Ikan Bakar, Aneka Kerabu, Aneka kuih-muih tradisional dan moden serta banyak lagi. Roti canai terbang dan roti tisu pun adooo.

Besar selera Abang Ilham nampak ada ikan patin tu. Bertambah sampai dua kali hehe. Boleh tahan sedap masakan air tangan chef kat sini. Tak sia-sia kami berbuka jauh hehehe. Kalau korang stay jangan risau, menu sahur pun ada boleh dine in atau makanannya dihantar terus ke muka pintu bilik korang. Kot la korang ke sini boleh la cuba sajian Ramadan yang ada ni tau.

Berselera kami dapat berbuka beramai-ramai. Tak sedar berpinggan-pinggan habis hehehe. Sambil makan sambil berbual. Syahdu je dipukul angin bayu Genting Highlands.

Lepas berbuka korang jangan lupa posing kat sini tau. Ada banyak lagi ruang dekorasi ala kampung yang cantik untuk korang posing sakan.

Boleh tengok gambar lain di facebook page Ummi. Next post Ummi share pengalaman kami anak beranak menginap di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands ya.

Buffet Ramadan Selera Kampung D-GEO di GEO Resort & Hotel Genting Highlands

Tempat: Cabana Restaurant, GEO Resort & Hotel, Genting Higlands

Alamat: Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang

Tarikh: 24 Mac – 21 April 2023

Harga Buffet Ramadan GEO Resort & Hotel

Dewasa : RM168 Nett

Kanak-Kanak : RM75 Nett (7 – 12 tahun)

Warga Emas : RM85 Nett (65 tahun ke atas)

Untuk tempahan , sila hubungi +60 19-236 7838 atau email ke reservation@georesort.my

Maklumat lanjut, sila layari https://www.georesort.my/selera-kampung-d-geo/

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!