Menu Sahur & Buka Puasa 4 Ramadan

Menu Sahur & Buka Puasa 4 Ramadan

Menu Sahur & Buka Puasa 4 Ramadan | Alhamdulillah masih dipertemukan dengan Ramadan ke 4. Sekejap je masa berlalu. Setakat ni dua hero-hero aka abang-abang masih gagah berpuasa. Siap pakej nak main bola depan rumah petang-petang. Kalau zaman Ummi kecil dulu, petang je Ummi dah melepek macam kain buruk kat lantai hahaha. Siap pakej tergolek dalam bilik mandi tau dulu. Dia punya tak larat tu tak boleh bawa bincang. Pelik tengok abang-abang ni banyak betul tenaga.

Menu Sahur 4 Ramadan

Menu Sahur & Buka Puasa 4 Ramadan

Menu sahur kami hari ke 4, nasi goreng bersama drummet Ayamas. Senang kerja Ummi masak menu one for all gitewww. Makanlah abang-abang sambil mata terpejam hahaha.

Menu Buka Puasa 4 Ramadan

Menu Sahur & Buka Puasa 4 Ramadan

Alhamdulillah rezeki Ramadan, menu berbuka hari ke 4 Ramadan lauk pauk enak di GBW Hotel, Johor Bahru. Menu kat sini pun meriah ala bazaar. Rambang mata tengok. Tapi awas jangan mengikut nafsu. Ambil makanan yang korang nak makan je ok. Jangan membazir. Itu pesan Ummi sebelum sampai ke sini. Alhamdulillah sedap-sedap belaka menu kat sini, kami makan aneka sup, kupang sambal berserai, nasi lemak bonda ayam berempah, durian goreng dan banyak lagi. Entah berapa kali la budak-budak ni repeat aiskrim.

Boleh baca full review Ummi di blogpost di bawah ni ya. Sempat lagi tau kalau korang nak book buffet Ramadan GBW Hotel dengan harga murah serendah RM78. Last day early bird 31 Mac 2023 nanti. Book now!

Buka Puasa Buffet Ramadan Selera Warisan Meldrum di GBW Hotel

JOM FOLLOW TIKTOK @ILHAM.NAZIR

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *