Nikmati ‘Seafood Buffet Santapan Bara’ di Restoran Bara Stulang JB

Buffet Ramadhan
Nikmati ‘Seafood Buffet Santapan Bara’ di Restoran Bara Stulang JB

Nikmati ‘Seafood Buffet Santapan Bara’ di Restoran Bara Stulang JB | Sempena kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba, Restoran Bara Stulang JB memperkenalkan bufet makan malam bertemakan ‘Seafood Buffet Santapan Bara’ yang menyajikan hidangan tradisional dengan campuran masakan Asia yang menawarkan makanan laut segar untuk pelanggan di seluruh negeri Johor bermula 24 Mac ini.

Jadi mengapa perlu tergesa-gesa pulang ke rumah selepas bekerja untuk menyediakan makanan apabila anda boleh duduk, berehat dan menikmati masakan yang menyelerakan di tempat yang selesa dengan suasana ceria ditemani angin sepoi-sepoi bahasa di restoran yang terletak berhadapan Stulang Laut Johor Bahru ini.

“Dari laut ke Dapur Bara”

Pelbagai hidangan segar bertemakan makanan laut disajikan di bufet ini, yang menampilkan bahan premium “dari laut ke dapur Bara” seperti Udang Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lada Hitam, Kupang Stim Halia, Sotong Masak Sambal, Ayam Goreng Berempah, Stu Daging, Rendang Ayam. Tidak lupa juga hidangan popular di bulan puasa iaitu Kambing Golek dan kegemaran pelanggan jika ke Restoran Bara Stulang JB yang menjadi pilihan iaitu ikan bakar yang dihidangkan bersama sambal resipi istimewa dengan kelazatannya yang tersendiri.

Selain itu, anda boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis nasi yang disediakan seperti Nasi Totamo, Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato. Bukan itu sahaja, hidangan bufet makan malam yang meriah ini turut disertakan dengan Kuih Melayu dan pencuci mulut yang menyelerakan beserta tujuh jenis air balang.

Jom Nikmati ‘Seafood Buffet Santapan Bara’ di Restoran Bara Stulang JB

Juadah “Seafood Buffet Santapan Bara” akan bermula dari 24 Mac hingga 22 April 2023 antara 7.00 petang hingga 9.30 malam bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang dengan harga yang berpatutan iaitu RM59.90 bersih untuk dewasa, RM39.90 bersih untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Baca juga personal review Ummi di sini >> Buffet Ramadan 2023 – Seafood Buffet Santapan Bara di Restoran Bara Stulang JB

Harga promosi istimewa boleh didapati dengan hanya RM51.00 bersih seorang (dewasa), RM34.00 bersih setiap warga emas dan kanak-kanak (tempahan awal perlu dibuat antara 17 Mac hingga 23 Mac 2023)

Restoran Bara Stulang JB popular di kalangan pelanggan setia kami justeru kepada semua pelanggan yang berminat dinasihatkan untuk membuat tempahan awal untuk Bufet Makanan Laut Santapan Bara bagi mengelakkan kekecewaan kerana tempat duduk adalah terhad.

Untuk ke lokasi restoran pelanggan boleh menggunakan Waze – Restoran Bara Ikan Bakar atau Maps Bara Ikan Bakar. Ruang solat disediakan sepanjang bulan Ramadan.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi atau Whatsapp 014 – 722 4205 (Eixal) 017 – 755 2049 (Fizi).

Sebagai alternatif, anda boleh melayari laman Facebook Bara Stulang JB dan Instagram Bara Stulang JB untuk maklumat terkini.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!