Menu Sahur & Buka Puasa 2 Ramadan | Alhamdulillah tahniah Abang Ilham & Abang Syamil berjaya menghabiskan puasa 1 Ramadan tanpa drama. Nak drama apanya kan dah besar takkan la tak larat nak puasa kot hehehe. Ok jom tengok menu bersahur dan berbuka puasa kami.
Menu Sahur 2 Ramadan

Menu sahur kami simple je, anak-anak makan nasi lauk ayam masak kicap as requested by Abang Syamil. Ummi dan Babah repeat makan bubur lambuk baki berbuka puasa 1 Ramadan. Macam biasa Ummi minum Cinch Shake Chocolate Shaklee yang sedap itu hehe.
Menu Buka Puasa 2 Ramadan

Alhamdulillah meriah atas meja hasil potluck adik-beradik dan Nenek.
Menu Sahur & Buka Puasa 2 Ramadan



Menu dari rumah kami acah-acah western hahaha. Abang Ilham request nak makan Kambing Perap Pat Mat Western. Ummi tambah sekali Lembu Perap Pak Mat Western dan Ayam Perap Pak Mat Western. Selain tu Ummi buat coleslaw sikit penyedap rasa penambah selera.


Ehhhh.. lupa, Ummi buat oden juga atas permintaan si beliau itu. Bubur lambuk tu pemberian Masjid Al-Irsyad Desa Paya Mengkuang.



Mommy Ngah masak singgah ikan bawal emas, sayur kacang buncis goreng dan sambal ketuk. Mama Cu belanja Menu Rahmah Mc Donalds, Burger Ayam.
Sekadar info – Menu Rahmah Mc Donald’s : 3 Pilihan Hidangan Set McDonald’s RM5
Terdapat 3 pilihan Menu Rahmah yang ditawarkan serendah RM5 di restoran McDonald’s iaitu: Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil) Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil) McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil).
Sumber: https://bantuanrakyat.my/menu-rahmah-mcdonalds/