Buffet Ramadan 2023 – Seafood Buffet Santapan Bara di Restoran Bara Stulang JB

Buffet Ramadan 2023 – Seafood Buffet Santapan Bara di Restoran Bara Stulang JB

Buffet Ramadan 2023 – Seafood Buffet Santapan Bara di Restoran Bara Stulang JB | “Dari laut ke Dapur Bara” haaa macam tu lah konsep menu “Seafood Buffet Santapan Bara” di Restoran Bara Stulang JB sepanjang Ramadan nanti.

Pelbagai menu makanan laut yang korang boleh cuba kat sini nanti. Menu sepanjang Ramadan akan diselang selikan mengikut rotation. Antara menu yang korang kena cuba Ikan Pari Bakar, Kupang Masak Lemak, Tomyam Seafood, Ikan Siakap Sweet Sour, Ikan Keli Berlado, Udang Buttermilk, Siput Oyster Sauce, Daging Masak Halia, Daging Stew, Ayam Sambal, Ayam Goreng Berempah, Kambing Golek, aneka ulam-ulaman dan sambal, aneka kuih-muih dan bubur serta 7 jenis air balang, Kopi Tarik dan Teh Tarik.

Abang Ilham kemain syok repeat ketam sweet sour dah la telur banyak isi ketam pun penuh. Tengok tu dalam pinggan dia kemain ketam bergelimpangan ekekeke. Anak-anak Ummi semua penggemar ketam. Nasib masing-masing dah pandai kopek kulit ketam except Syahid la masih Ummi yang kopekkan.

Ummi suka sambal ikan pari dan sos hijau pencicah kambing golek tu. Sambal ikan pari tu memang sedap cukup rasa. Sos hijau tu lain daripada yang lain, biasanya kambing golek sos blackpepper ke mushroom kan kali ni kita tukar selera. Yang pastinya resipi sambal dan sos ni adalah resipi turun temurun dengan ‘secret recipe’ gituuuu.

Buffet Ramadan 2023 – Seafood Buffet Santapan Bara di Restoran Bara Stulang JB

Selama ni Ummi lalu je depan restoran ni tak pernah pun cuba. Lagi satu yang bestnya kan kat sini vibes santai tu. Sambil makan santai-santai sambil ditiup angin laut Stulang. Sambil-sambil nampak negara jiran gitu hehehe.

Seafood Buffet Santapan Bara di Restoran Bara Stulang JB

Bila dah merasa menu kat sini oooo sedap rupanya. Boleh la datang time puasa nanti hehehe. Korang yang nak cuba cepat book tau! Antara buffet Ramadan harga rendah di JB!

Sempena bulan puasa ni, team Restoran Bara Stulang JB berbesar hati nak menghadiahkan pelanggan-pelanggan bertuah yang datang berbuka di Restoran Bara Stulang dengan beg Rizman Ruzaini ni! Geramnya la hai Ummi tengok beg pink tu oiii.

Lucky draw akan diadakan setiap minggu (seminggu sekali) pada hari-hari tertentu secara rawak (random) so kalau korang nak jadi pemenang bertuah tu, rajin-rajin la gi Restoran Bara Stulang JB ya.

Gambar lagi di page Ummi, jemputlah LIKE & SHARE kat jiran tetangga, sahabat handai, orang kampung dan family ya.

Seafood Buffet Santapan Bara

Restoran Bara Stulang JB
(Bangunan biru bersebelahan Sek Men Foon Yew)
Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, Johor.

(Parking terhad disediakan)

Tarikh: 27 Mac – 20 April 2023
Masa: 7.00pm – 9.30pm
Ruang solat disediakan.

Harga

RM59.90 (Dewasa)

+6014-722 4205
+6017-755 2049

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *