Buffet Ramadan 2023 – Buffet Makan Besar di Grand AlMizan

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadan 2023 – Buffet Makan Besar di Grand AlMizan | Buffet Ramadan seterusnya, korang boleh cuba di Grand AlMizan. Boleh tahan meriah menu-menunya. Lebih 100 jenis hidangan bakal disajikan sepanjang Ramadan dengan 3 main course secara bergilir-gilir.

Antara yang menariknya Kambing Kuzi Nasi Arab, AlMizan Satay Ayam & Lembu, Bubur Lambuk Ayam @ Daging, Aneka Sup (Ayam, Daging, Tulang, Babat, Lidah, Pipi), Aneka Roti (Roti Canai, Roti Jala, Roti Bom, Roti John), Ayam Lemak Cili Padi, Ayam Kamheong, Ikan Asam Pedas.

Live station ada mee goreng atau Kue Tiaw Goreng bersama lada jeruk dan sambal tumis. Ada Mee Kari Nyonya dan Mee Rebus juga tau. Tak ketinggalan ada Fritters Corner yang menyajikan durian tempura, ayam pandan sedap, pisang goreng, keledek goreng, keropok lekor dan banyak lagi.

Bagi kanak-kanak ada disediakan kids corner, ada spagehtti marinara, spaghetti carbornara, chicken nugget, fish fingers, french fries & wedges.

Sebenarnyakan ini kali pertama Ummi mencuba sup lidah tau. Sup lidah kerbau katanya. Selama ni Ummi kecik beso je hati nak cuba sup lidah. Sekali dah cuba terus up level lidah kerbau kauuuu hahaha. Ehh sedap rupanya ek hehehe. Tambah pulak dengan sambal kicap tu serious terangkat. Sup tu main peranan betul. Korang kena cuba tau!

Sepanjang Ramadan nanti korang akan dihiburkan dengan celoteh Emcee Zana Rozana Rahmat dan persembahan Angklung. Standby je la dengan soalan-soalan cepu emas yang mencuit hati dari Emcee Zana tu ya!

Ummi Ilham’s Favourite:

Dah cerita panjang-panjang kat atas tu, of course lah Ummi terpaling suka sup kat Grand AlMizan ni. Sup babat, sup urat dan paling rare sup lidah kerbau hehehe. Selain tu Ummi suka durian tempura, lemang, rendang dan serunding kat sini. Sedap tau.

Korang try lah kat sini nanti. Lain orang lain citarasanya kan.

Buffet Ramadan 2023 – Buffet Makan Besar di Grand AlMizan

Tempat: Grand AlMizan, Avenue M (Formerly known as M-Suites Hotel)

Tarikh: 24 Mac – 20 April 2023

Masa: 6.30pm – 9.30pm

Surau disediakan di Ground Floor.

Early Bird (13 Feb – 13 Mac 2023)
RM88 nett

Beli 15 voucher Early Bird, dapat PERCUMA 1.

Harga Biasa (27 Mac 2023 onwards)
RM108 – Dewasa
RM58 – Warga Emas (60 tahun keatas) & Kanak-kanak 6-12 tahun)

Business Package – Beli 10 PERCUMA 1

CSR Program/ Infaq Ramadan – Diskaun 50% untuk minggu pertama dan kedua Ramadan.

Untuk tempahan, sila hubungi:

+6019-790 0471 (Mira)

+6019-490 0471 (Awa)

+6011-1860 0471 (Zahin)

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Buffet Ramadan 2023 – Buffet Makan Besar di Grand AlMizan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!